“Dengan Nama
Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihani”
سبحان الله وبجمده سبحان الله العظيم
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم
Pagi
tadi, ana minta adik lelaki (bawah ana, yang nombor 3) bawa ana keluar. Ana
minta dia yang ‘drive’ memandangkan ana rasa badan masih belum mampu untuk
memandu sendiri.
Ana
jarang berikan orang lain pandu. Penat macam mana sekalipun, selagi ana mampu,
ana akan pandu. Jadi, apabila ana berikan orang lain pandu. Itu tandanya ana
letakkan kepercayaan padanya untuk memandu dengan hati-hati dan selamat atas
izin Allah.
Teringat
pula sewaktu ujian JPJ dan penguji duduk disebelah. Sewaktu pegang stereng
kereta, ana katakan pada hati, “Lulus atau tidak, itu hal yang kedua. Yang
penting, aku mesti pergi dan balik dengan selamat,”.
Bila
adik ana pandu, ana ambil peluang untuk hayati pemandangan sekeliling yang
jarang ana nikmati. Anggap diri pergi ‘bercuti’ buat seketika walaupun
hakikatnya hanya keluar atas urusan kerja.
Ada
hal yang membuatkan ana senyum apabila melihat gelagat manusia yang dilihat.
Uniknya perasaan dan emosi manusia. (^^,)
Dia
buka aircond dan ana minta dia alihkan kedudukan supaya aircond tu terasa di
tempat duduk belakang. Akibat terlalu dia ‘fokus’, kereta hampir terlanggar
kenderaan diarah bertentangan.
Ana
hanya jawab, “takpalah, tak biasa lagi kan…”.
Alhamdulillah
sempat mengelak. hehe.
Sewaktu
tiba di pusingan bulatan, ada seorang pakcik yang sedang menaiki motor membuat
aksi seperti seorang anggota polis trafik sedang menahan kenderaan supaya
berhenti.
Walaupun
hakikatnya pakcik tersebut mahu melalui jalan yang bertentangan dengannya. Adik
ana terus cakap, “Allah… Pakcik, kalau ya pun, agak-agak la..”.
Ana
dah ketawa. hehe
Salah
satunya disebabkan aksi pak cik tu. Gelagatnya betul-betul membuatkan ana
ketawa. Ada bakat untuk menjadi salah seorang anggota polis trafik. Dah la ikut
laluan yang salah, boleh pula tahan kereta lain sebab dia sorang nak lalu. hehe
Ketika
ana ketawa, ana dapat rasakan sesuatu.
Rasanya
sudah lama ana tidak ketawa seperti itu. Selalunya ketawa yang dibuat-buat semata-mata
mahu melepaskan beban yang ditanggung. Tapi tadi, terasa ianya lahir dari hati
ana sendiri.
Sepanjang
jalan, ana senyum dan menghayati setiap jalan yang dilalui.
Indahnya
dunia jika hati sedayanya untuk ikhlas terhadap perkara yang dibuat.
Impian
dan matlamat hidup ana cukup tinggi. Tinggi melangit dan ana cuba untuk
mengapainya selagi hayat dikandung badan.
Namun,
ana terlupa akan sesuatu.
Terlupa
untuk nikmati setiap langkah yang dibuat.
Dan
tadi, ana belajar suatu perasaan yang sangat indah. Suatu ungkapan yang selalu
ana sebut dan ucap.
“sentuhan
dari hati, pasti terkesan jua pada hati”.
Jika
mahu melakukan apa pun tugas. Ianya mesti dilakukan dengan penuh rela. Pastikan
hati benar-benar rela untuk melakukannya.
Supaya
nanti, apabila hati terasa penat atau lelah akan sesuatu. Kita masih mampu
untuk senyum walaupun hakikatnya rasa itu sangat pedih apabila dikenang semula.
Cuma,
yang pasti.
Dan
sangat pasti.
Ana
tidak mampu untuk hidup tanpa Allah.
Novel hidup setiap insan berbeza,
Walau sehebat dan seteruk mana pun kita,
Jangan pernah lari jauh dari Allah.
Perjalanan masih jauh.
Moga sentiasa dalam rahmat dan jagaanNya.
Walau sehebat dan seteruk mana pun kita,
Jangan pernah lari jauh dari Allah.
Perjalanan masih jauh.
Moga sentiasa dalam rahmat dan jagaanNya.
“Sesungguhnya,
Allah lebih Mengetahui”
JOM KITA
MENGEMBARA LAGI MENCARI BEKALAN KE DESTINASI ABADI…(^^,)