Subhanallah,
Alhamdulillah, Allahuakbar…
Bermula
dua minggu lepas (15 ramadhan), waktu tidur ana sudah tidak teratur sebab perlu
kerja lebih masa dan lebih keras. Tempahan pakaian muslimah masuk terlalu
banyak melebihi yang ana jangka. Sangat banyak.
Semasa
masukkan maklumat tempahan dalam data, ana telan air liur. Perasaan bimbang dan
risau mula timbul sebab bimbang sekiranya tidak dapat siapkan semua tempahan
kerana masa yang ada hanya satu minggu lebih saja.
Dalam
tempoh itu, ana bekerja dua kali ganda lebih dari biasa. Sudah menyusun
perancangan bagi setiap tempahan yang masuk agar semuanya mampu disiapkan
seperti yang dirancang.
5
hari sebelum tarikh tutup penghantaran, ana menghantar pesanan kepada para
pengedar yang berada di bawah syarikat agar memaklumkan kepada pelanggan yang
menempah dengan mereka bahawa tempahan tersebut hanya dapat dipos setelah
Aidilfitri sebab ana tahu, tempahan itu memang tidak mampu disiapkan.
Ana
sangat berterima kasih dengan Allah sebab mengurniakan pengedar yang sangat
memahami situasi dan keadaan ana. Beliau memaklumkan satu persatu pelanggan
yang menempah dengannya.
Ada
yang setuju untuk terima semasa Aidilfitri.
Ada
yang batalkan tempahan dan wang dipulangkan semula.
Ada
yang mahu kain saja untuk dijahit sendiri.
Semua
itu kami telan dan aturkan bersama-sama. Apa yang kami tahu, kami mahukan yang
terbaik untuk semua pelanggan.
Pernah
ana katakan sebelum ini, “tidak ada seorang pengeluar atau tukang jahit pun
yang mahukan pelanggan merungut atau tidak puas hati dengan hasilnya. Semuanya
mahukan yang terbaik. Jika ada pun, mesti pengeluar atau tukang jahit tu ada ‘penyakit
hati’..”.
Tidak
kurang dengan itu, ada pengedar ana yang menangis sebab difitnah. Ada pula yang
berdukacita sebab pelanggan marah padanya kerana dikatakan tidak tepati janji.
Allahu Allah.
Semua
itu kami telan bersama.
Ya,
tanggung bersama-sama.
Susah
senang, sama-sama.
Namun,
semua itu tidak sedikit pun melemahkan semangat ana. Ana teruskan usaha dengan
menyiapkan tempahan yang masih berbaki. Sungguh, masih terlalu banyak tempahan
yang tinggal.
Pernah
berlaku dalam satu hari, ana berhajat untuk beli mesin sendiri memandangkan
tempahan masih banyak. Hari itu, ana lewat pulang dari membuat penghantaran.
Waktu itu juga mesin sudah sampai dirumah dan penjual menunggu ana pulang untuk
ana bayar mesin tersebut.
Sebelum
pulang, kaki ana terseliuh semasa membuat penghantaran sebab barang terlalu
berat dan kaki tersadung. Alhamdulillah bengkak sedikit sahaja dan masih boleh
berjalan walaupun tidak seperti sediakala.
Sebelum
pulang juga, kereta ana disaman oleh Polis Traffik kerana dikatakan tempat
tersebut tidak boleh ‘parking’. ‘Terbang’ RM150 dengan sia-sia. Kesemua kereta
yang ‘parking’ depan-depan pejabat pos tersebut disaman termasuk ana sendiri
(langsung tidak tahu tidak boleh ‘parking’ disitu)
Apa
yang buat ana bersyukur, kereta itu milik ana sendiri dan bukan lagi atas nama
Ummi. Syukur sebab ana buat, ana yang tanggung sendiri. Hari itu berlalu dengan
penuh tenang. Allahu Allah…(^^,)
Dan
semalam merupakan penghantaran terakhir yang ana buat untuk tempahan yang masih
berbaki. Dua malam ana berjaga (mata dah macam mata panda :p ) untuk menyiapkan
tempahan sampai abah geleng kepala tengok ana yang ‘terlekat’ dengan mesin
jahit.
Menjahit
dan terus menjahit tanpa menghiraukan badan yang merenggek untuk minta
direhatkan. Bila sudah terlalu letih, ana rehat sekejap dan sambung semula
kerana ana sudah berjanji untuk usaha sebaik yang mungkin.
Sebaik
saja semua tudung dan shawl selesai dijahit, ana mahu kelim tepi. Allah uji
lagi dengan mesin tiba-tiba ‘rosak’. Benang asyik putus saja dan tidak melekat
elok pada kain. Allahu Allah.
Ummi
yang lihat ana sedang kalut mula membantu. Ummi berusaha untuk baiki mesin tu
sebab ummi Cikgu menjahit yang mengajar di sekolah.
Kalau mesin jahit tu boleh 'rosak' dan meragam selepas banyak kain diproses, cuba bayang betapa penatnya orang yang menjahit tu?
Ana tidak mahu mengalah. Mana yang mungkin
tidak dapat disiapkan, ana biarkan dulu. Ada rezeki, siaplah dia nanti. Ana
beralih pada tempahan lain dan cuba siapkan yang masih tinggal lagi.
Menjahit
dan terus menjahit.
Sebaik
selesai yang boleh disiapkan. Ana tengok mesin jahit tersebut, memang tidak ada
harapan untuk pulih. Ummi terus telefon mekanik dan minta beliau datang baiki
mesin (hari ini).
Ana
pandang tudung yang sempat dikelim tepi sebelum mesin tu rosak. Akal mula ligat
berfikir, “Ya Allah…macam mana nak buat nie? Hamba sudah berusaha sebaiknya.
Semua kudrat yang ku ada sudah ku curahkan sebaiknya”.
Waktu
tu, terus terlintas difikiran untuk pos saja mana yang sempat disiapkan.
Sekiranya pelanggan tu tempahan 8 helai, satu helai saja yang dapat disiapkan,
satu helai itu saja yang ana pos.
Yang
mana sempat disiapkan, ana pos saja. Selebihnya ana akan pos semasa Aidilfitri
nanti. Ana tidak mahu mengalah. Cepat-cepat bungkus dan isi borang pos laju.
Memang terasa tertekan sangat tapi hati tenang. Tak tahu bagaimana nak jelaskan
perasaan ana semalam.
Ummi
pandang ana dari jauh. Pandang saja ana yang sibuk bungkus barang.
Betul…ana
tidak mudah menyerah. Selagi ada jalan, ana akan usaha. Jika tidak mampu buat
semua, jangan tinggal semua.
Usaha
sebelum menyerah!
Selepas
itu, ana ajak adik lelaki ikut sekali
sebab sekiranya tidak ada parking dalam kawasan pejabat pos, ana mahu dia yang
bawa kereta tu pergi tempat lain sudah kejadian saman tidak berulang lagi. Sayang
duit tu ‘terbang’ sia-sia, kalau bagi dekat keluarga yang memerlukan, mesti
cukup untuk beli barang dapur bagi seminggu.
Alhamdulillah
wa syukurillah, barang tersebut berjaya dipos.
Saat
itu ana katakan pada hati. “Allah, hamba redha dengan apa yang telah Engkau
hadirkan. Hamba pasrah jika ada pelanggan yang marah, kecil hati dan merungut.
Hamba sudah berusaha sebaiknya, ini saja yang mampu hamba lakukan. Hamba sudah
berusaha sebelum menyerah! (tawakal)”.
Sungguh,
hati ana tenang sangat. Saat itu juga, ana benar-benar memahami makna sebuah
tawakal. Terima kasih Allah untuk tarbiyah kali ini…(^^,)
Sungguh,
manusia mampu merancang. Namun, perancangan Allah tetap yang terbaik.
Masih
meneruskan kerja-kerja menjahit bagi penghantaran ‘by hand’ esok. Tolong doakan
ana supaya mesin jahit cepat ‘sembuh’ :p
Kain yang tersadai dan tidak sempat dikelim. Sangat banyak. |
Allah lebih
mengetahui.
JOM KITA
MENGEMBARA LAGI MENCARI BEKALAN KE DESTINASI ABADI..(^^,)