“Dengan Nama
Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”
Alhamdulillah
wa syukurillah, semalam Allah izin untuk ana berkunjung ke sebuah rumah.
Kunjungan kali ini terasa lain yang teramat sangat. Sukar untuk ditafsir rasa
hati ini. Hanya Allah yang dapat memahaminya.
Ana
mohon maaf kepada para dermawan dan pengunjung blog ini yang mungkin
ternanti-nanti perkembangan selanjutnya berkaitan perjalanan hidup keluarga
ini.
Mungkin
ada yang masih ingat akan nukilan yang pernah ana paparkan dalam ‘diari maya’
ini. Bagi yang belum berkesempatan untuk membacanya, boleh tekan link nie ya Skuad Kebajikan Bidadari Solehah Enterprise.
Syukur
pada Allah atas semua ini. Rumah mereka sekeluarga sudah dibaiki hampir 65% dan
masih memerlukan dana kewangan bagi membaiki bahagian rumah yang lain.
Semasa
melangkah masuk ke rumah ini, hati ana sudah sebak apabila melihat sebahagian
rumah ini sudah siap dicat diluarnya walaupun belum siap sepenuhnya. Allahu
Allah.
Masih
segar dalam ingatan, ana meminta Kak Yah mencari tukang kayu yang boleh
membaiki rumahnya. Wajahnya nampak begitu bercahaya. Mungkin tidak menyangka
penantian dan kesabarannya selama ini berbalas jua. Allahu Allah.
Ketika
ana pergi jumpa tukang kayu yang Kak Yah cari, dalam tangan ana hanya ada RM500
sahaja. Duit itu adalah hasil keuntungan dari perniagaan pakaian muslimah yang
ana usahakan sendiri dan bayaran penceramah yang ana hadiri. Hanya itu saja
yang tinggal. Tiada lagi duit lain.
Kak
Yah bawa tukang kayu masuk ke rumahnya dan ana tanya tukang kayu tersebut
berapa anggaran kasar untuk membaiki rumah yang sudah hampir roboh. Apabila
dikira semuanya, anggaran kasar adalah RM5,000 dan mungkin lebih lagi.
Ana
diam seketika.
Dari
jauh ana pandang wajah Kak Yah dan ahli keluarganya yang lain. Wajah mereka
penuh dengan cahaya kegembiraan. Hati ana mula membisikkan doa.
“Allah, hamba teringin benar untuk membantu mereka. Hamba tidak
sanggup lagi melihat mereka duduk di rumah yang serba daif dan hampir roboh
ini. Hamba sendirian Ya Allah. Hamba tidak punya duit sebanyak itu Ya Allah.
Bantulah mereka melalui hamba Ya Allah. Hamba sanggup”.
Sebaik
saja selesai membuat pengiraan kasar dan berbincang sedikit dengan tukang kayu,
ana pergi dekat Kak Yah dan bagitahu “Kak Yah, saya tak janji dapat baiki
rumah nie tapi saya janji akan usaha untuk membaikinya sebaik yang mungkin. Saya
ini hanya pengantara, semuanya atas bantuan Allah. Tolong doa untuk saya moga
Allah izinkan semua ini berhasil”.
Akhirnya ana buat keputusan untuk umumkan dalam facebook dengan memaparkan kisah hidup mereka dan membuka peluang kepada mana-mana sahabat yang mahu menjadi sebahagian dari kami dengan menyumbangkan dari segi tenaga, kewangan mahupun menyebarkan kepada orang lain.
Dan
semalam, hampir bergenang air mata ana apabila ana masuk ke bilik ini dan duduk
bersimpuh atas lantai. Ana minta sahabat ambil gambar ana dengan Kak Yah. Allah,
sebak tak terkata rasa hati nie.
Selepas
berbincang sedikit untuk baiki bahagian dapur, Kak Yah ajak ana dan sahabat
menjamu sedikit juadah yang beliau masak sendiri.
Kak
Yah bagitahu, ada kawannya datang singgah dan tengok bahagian rumah yang sudah
hampir 90% siap. Masing-masing berkata kepada Kak Yah, “syukurlah ada yang
sudi bantu mu Yah, aku nie tak tahu nak minta dengan siapa lagi”.
Ana
sudah tunduk ke bawah sambil tangan menyuap mee goreng ke dalam mulut.
‘Part’
yang buatkan ana menangis dalam diam bila Kak Yah cerita, ada seorang YB
kampung tersebut datang jumpa dengannya.
YB
tersebut bertanya kepada Kak Yah, “Yah, rumah baiki dah ke?”.
“tengah baiki”, jawab Kak Yah.
“Siapa yang baiki?”, tanya YB tu lagi.
“Budak yang datang baiki. Budak yang ada hati dan perasaan. Budak
yang masih faham erti perikemanusiaan,” jawab Kak Yah.
Sungguh,
ana menangis dalam diam disebalik niqab. Ana bukan menangis gembira, tapi
menangis disebabkan manusia yang ‘kaya raya’ dengan harta tapi ‘miskin’ hati
budi.
Entah
bagaimana jawapan kalian apabila mengadap Allah nanti. Sudah bertahun-tahun
mengetahui ada jiran tetangga daif dan miskin tetapi sedikit pun tidak dibantu.
Untuk
pengetahuan umum, Projek Baik Pulih Rumah ini akan diteruskan selagimana yang
melakukan masih punya Iman dalam hati. Pihak kami masih memerlukan dana
kewangan bagi membaiki bahagian rumah yang belum selesai.
Pihak
kami bukan setakat membaiki rumah ini saja, masih ada rumah lain yang akan
dibaiki dan lokasi seterusnya adalah di Machang, Kelantan. Sebaik saja pihak
kami merasakan rumah yang keluarga ini sudah selesa untuk didiami berbanding
sebelumnya, barulah kami akan mula berbaiki rumah yang seterusnya.
Bagi
yang mahu menyumbang, boleh mesej ana di ‘inbox facebook’ atau emelkan kepada
ana di bidadari.collection@yahoo.com.
Moga
usaha kecil ini mendapat redha dan rahmat dari Allah s.w.t…
Sesungguhya,
Allah s.w.t. lebih mengetahui.