Jumaat, 14 Jun 2013

Hargailah



“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”.

سبحان الله وبجمده سبحان الله العظيم
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم

Alhamdulillah atas nafas yang masih berhembus. Syukur atas nadi yang berdenyut. Moga sentiasa dalam redha dan jagaan Allah s.w.t. selalu.

Ada satu peristiwa yang buatkan ana koreksi diri sendiri.

Ada seseorang mesej dalam facebook dan meluahkan rasa tidak puas hati terhadap seseorang. Ana hanya membalas rasa itu dengan ikon senyuman dan tidak mahu menjadi ‘batu api’, apatah lagi insan yang dia tidak berpuas hati itu adalah orang yang ana kenal.

Apabila melihat respon seperti itu, makin banyak pula yang diluahkan. Itu ini serba tidak kena. Mungkin mahu meluahkan apa yang dirasa, namun tidak perlulah sampai membuka aib atau kekurangan orang lain. Apatah lagi meluahkan pada orang yang ada kaitan dengan individu yang kita tidak puas hati.

“Mahu kenal siapa sahabat kita atau sebaliknya, lihatlah apa yang dia cerita atau katakan dibelakang kamu…”.

Peristiwa ini membuatkan ana teringat akan kisah Rasulullah s.a.w. ketika bersama dengan para sahabat.

Ada individu yang berikan buah limau kepada Rasulullah s.a.w… Baginda s.a.w. makan sebiji dan tidak berkongsi dengan sahabat yang lain. 

Para sahabat merasa pelik dengan sikap Rasulullah s.a.w. Selalunya, apa sahaja yang ada pasti akan dikongsi bersama. Namun, kali ini tidak. Rasulullah s.a.w. hanya makan seorang diri sahaja.

Sebaik sahaja individu yang berikan buah limau tersebut berlalu pergi, barulah Rasulullah s.a.w. membiarkan para sahabat makan.

Para sahabat yang sudah makan buah tersebut membuat mimik muka dan berkata, “masamnya buah nie”.

Rasulullah s.a.w. terus berkata, “itu sebab mengapa saya ambil semua buah ini tadi. Jika saya beri kalian makan dan kalian berkata buah ini masam dihadapan individu tadi, bagaimana agaknya perasaan dia?”.

Rasulullah s.a.w. sangat menghargai perasaan dan pemberian orang lain walaupun pemberian itu tidak sempurna.

Jadi, jika ada individu yang memberikan kita sesuatu atau melakukan sesuatu untuk kita dan pemberian itu tidak sempurna, senyum sahajalah dan usah mengkritik dihadapannya. Dia sudi membantu dan memberikan kita sesuatu pun sudah memadai.

Ibarat orang zaman sekarang cakap, “orang dah bagi tu, terima jelah. Banyak cakap plak..”. :p

Cuma, Allah begitu gemar dan suka kepada mana-mana individu yang memberikan sesuatu kepada orang lain yang paling dia suka dan sayang. Maksudnya, sentiasa berikan hasil yang terbaik. [^^,]

Ana teringat hadis yang menceritakan akhlak Rasulullah s.a.w. 

Abu hurairah r.a. meriwayatkan, “Nabi s.a.w. tidak sekali-kali mencela makanan. Jika Baginda s.a.w. menyukainya, Baginda s.a.w akan makan. Dan jika Baginda s.a.w. tidak menyukainya, Baginda s.a.w. akan meninggalkannya (tidak makan)”.
[Hadis Riwayat al-Bukhari]

Dalam satu riwayat lain pula, Abu Hurairah r.a. berkata, “Aku tidak pernah sekali-kali melihat Rasulullah s.a.w. mencela makanan. Sesungguhnya apabila Baginda s.a.w menyukainya, Baginda s.a.w. akan makan dan apabila Baginda s.a.w. tidak menyukainya, Baginda s.a.w. akan diam..”.
[Hadis Riwayat Muslim]

Jika dengan makanan pun Rasulullah s.a.w begitu menjaga akhlak dan adab, apatah lagi dengan manusia yang berada disekelilingnya.

Kata sayang Rasulullah s.a.w.?

Jom ikut sunnah dan akhlak Rasulullah s.a.w…(^^,)

Sekiranya ada sesuatu yang tidak menyenangkan hati dan ianya hanya berkaitan dengan diri kita, diamlah.

Sekiranya ada sesuatu yang tidak menyenangkan iman dan ianya berkaitan dengan Islam, cegahlah.

Semua permasalahan ini mesti dihadapi dan diselesaikan dengan penuh beradab dan berakhlak. Kan orang yang bijaksana dan hikmah dalam berkata-kata sangat disukai ramai?

Sesungguhnya Allah s.w.t. lebih mengetahui…


JOM KITA MENGEMBARA LAGI MENCARI BEKALAN KE DESTINASI ABADI…(^^,)
blog comments powered by Disqus