Jumaat, 10 Ogos 2012

Minda Merdeka


“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”

"lepaskan saya, biar saya mati je!!!", jerit seorang pesakit.

Dia terus meronta-ronta sambil menghalau jururawat dan doktor yang berada disitu. Tidak cukup dengan itu, dia cuba mencabut kembali balutan ditangannya. Cubaannya untuk membunuh diri gagal.

Seorang wanita memandangnya dari jauh. Syifa' mula berfikir dan hatinya turut merasai apa yang dilihat.

"Ya, dia mesti dibantu!", bisik hatinya.

Lantas dia pergi ke arah seorang doktor yang cuba merawat pesakit tadi dan bertanya hal yang sebenar berkaitan pesakit tersebut.

"Dia seorang ahli perniagaan, dituduh membunuh rakan kongsinya kerana tamakkan duit. Disebabkan hakim menjatuhkan hukuman penjara beberapa tahun, dia cuba bunuh diri dengan mengkelar pergelangan tangannya. Dia kata dia tidak bersalah, tetapi semua orang tidak percaya akan kata-katanya. Tapi saya yakin, wanita sebaik itu tidak bersalah", jelas doktor tersebut.

"wanita sebaik itu tidak bersalah, maksud doktor?", Syifa' bertanya.

"saya pernah jumpa dia sebelum ini. Dia hentikan kereta ditengah jalan dengan puluhan kereta sehingga menyebabkan kesesakan lalulintas semata-mata mahu selamatkan seekor anak kucing dari digilis kereta. Hatinya kasih kepada binatang, takkan dia tergamak mahu membunuh rakan kongsinya sendiri", sambung doktor itu lagi.

Syifa' mula tersenyum. Dia mendapat ilham untuk naikkan semangat wanita itu. Setelah wanita itu mula tenang, Syifa' melangkah pergi ke arahnya.

"Penjara dibina untuk memenjarakan tubuh badan, tetapi tidak pada minda...", kata Syifa' kepada wanita itu.

"kamu siapa? dan apa maksud mu?", tanya wanita itu.

"Assalamualaikum puan, saya Nur As-Syifa'. Pelatih kaunseling di hospital nie. Boleh saya berbual dengan puan?".

"aku tak minat nak berbual dengan sesiapa, pergi dari sini!", arah wanita tersebut.

Syifa' tidak mengalah, dia mengambil kerusi dan duduk disebelah katil wanita itu. Wanita tersebut memusingkan badannya menghadap arah yang bertentangan dari Syifa' menandakan dia tidak mahu berbual dengan Syifa.

Syifa' hanya tersenyum dengan respon wanita itu. keadaan itu sudah biasa dia lalui dengan pesakit lain.

"Puan nak dengar satu kisah? Ada seorang pelajar, dia difitnah melakukan satu jenayah dan dihukum untuk masuk ke sekolah Henry Gurney atas kesalahan yang tidak dia lakukan. Dia juga cuba bunuh diri. Satu hari, ada seorang cikgu yang bekerja disituberikan dia sebuah buku berkaitan bagaimana mahu larikan diri dari situ. Pelajar itu tidak minat membaca, tetapi kerana mahu mengetahui cara-cara untuk melarikan diri, pelajar tersebut berjaya habiskan membaca buku dalam satu malam sahaja."

"Pelajar tadi pergi berjumpa cikgu yang berikan buku kepadanya dan berkata, "cikgu tipu saya, dalam buku nie mana ada cara-cara untuk larikan diri". Cikgu tadi hanya tersenyum dan menjawab kata-kata pelajar tadi dengan soalan, "bila awak baca buku nie, awak rasa tak seolah-olah awak berada dalam dunia buku tu?". Pelajar tadi menganggukkan kepala tanda mengiakan kata-kata cikgunya."

"Benar, buku ini tidak berikan cara untuk larikan diri. Cikgu bagi awak buku ini supaya kamu hayati watak dalam buku ini. Dia juga dipenjara seperti kamu, jasadnya dipenjara tetapi mindanya bebas. Dia jadikan hari-hari dalam penjara sungguh bermakna dalam hidupnya dan sentiasa positif. Jika direnung, ramai ulama' yang cuba tegakkan agama Islam dipenjara oleh pemerintah tetapi mereka berjaya mengarang beberapa kitab ketika dalam penjara. Kerana apa? Kerana Penjara dibina untuk memenjarakan tubuh badan, tetapi tidak pada minda..."

Syifa meluahkan dari hatinya sendiri. Dia mahu mellihat wanita ini tidak mengalah dengan ujian yang menimpa dirinya.

"Saya yakin puan tidak bersalah tetapi tindakan puan yang cuba untuk membunuh diri itu seolah-olah membuktikan puan bersalah. Jasad puan sudah dipenjara oleh gerigi besi yang mengerunkan. Jadi, puan boleh pilih samaada mahu benarkan minda puan turut dipenjara ataupun tidak. Juara sentiasa positif puan."

Wanita itu tetap mendiamkan diri dan tetap berada diposisi tadi tanpa bergerak sedikit pun. Syifa' bangun dari kerusinya dan sedikit demi sedikit melangkah pergi dari katil wanita itu.

Wanita tadi mengesatkan air mata. Dirinya terasa bodoh sekali kerana cuba membunuh diri. Kata-kata terakhir Syifa' sewaktu dia bangun membuatkan hatinya terkesan.

"Mesti puan kenal President Mesir yang baru kan? Dr. Muhammad Mursi. Beliau juga pernah dipenjara. President Palestin berkata, "Sungguh Ajaib penjara Mesir! Masuk ke dalamnya Nabi Yusuf a.s, dan setelah keluar menjadi Raja Mesir. Masuk ke dalamnya juga Dr. Muhammad Mursi, dan setelah keluar diangkat menjadi President Mesir." Semoga Allah berkati hidup puan yang sabar dengan ujian yang menimpa diri. Assalamualaikum.


                         -----------------------The End----------------------


JOM KITA MENGEMBARA LAGI MENCARI BEKALAN KE DESTINASI ABADI...(^^,)

Khamis, 2 Ogos 2012

Kebaikan hati...♥


“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”

Alhamdulillah wa syukrillah atas segala nikmat yang telah Engkau berikan kepada hamba ini.  Bersyukur atas pengalaman hidup yang menjadi guru kehidupan tanpa suara yang banyak mengajar hati ini untuk merasai makna hidup.

Teringat status di wall facebook seseorang, “apakah salah kalau saya dahulukan kehendak hati berbanding orang lain?”.

Ana tersenyum dan jari jemari mula menekan papan keyboard bagi membalas luahan hatinya saat itu. “Tak salah pun ukhty, gunakan kebaikan hati yang ukhty miliki untuk tentukannya…:) ”


Ana suka perhatikan gelagat manusia lain. Itu sikap yang sudah melekat pada diri sejak dari dulu lagi. Berada disatu sudut dan perhatikan gelagat manusia yang perbagai, unik! Anehnya, hati turut merasai apa yang dilihat oleh mata.

Apabila ada gelagat yang mencuit hati, bibir mengukir senyuman disebalik niqab dan adakalanya ana ketawa sendiri hingga sahabat yang menyedari reaksi ana tertanya-tanya. hehe!

“hati yang merasai, pasti memahami”

 Tetapi, jika ada gelagat yang ana tidak sukai, hati turut merasa pedih dan ana katakan pada diri, “tidak mungkin aku tiru sikap seperti ini sekiranya hati ini turut merasa pedihnya”.

Dari sudut hati ana yang dalam, ana tetap yakin dan percaya. Sejahat dan seburuk manapun seorang manusia itu, dalam hatinya tetap ada kebaikan hati, kerana itu fitrah semula jadi manusia. Kalau tidak, masakan manusia boleh berubah jadi lebih baik. Kan?

Hari-hari yang berlalu, ana berjumpa dengan pelbagai situasi, pengalaman dan gelagat manusia. Dari situ terselit sesuatu yang ana pelajari dan kata-kata sang murobbi tergiang-giang di telinga ana.

“Kebaikan hati, mampu menundukkan lawan”

Saat menulis tentang ini, kisah insan teragung bermain di minda. Baginda s.a.w tetap contoh terbaik yang pernah hidup di muka bumi. Kalau tidak, bagaimana mungkin Michael H.Hart dalam bukunya The 100 meletakkan Nabi Muhammad s.a.w sebagai manusia nombor satu yang paling berpengaruh di dunia. MasyaAllah!

Lihat sahaja bagaimana kebaikan hati Rasulullah s.a.w sewaktu pembukaan Kota Makkah, tentera Islam memasuki Kota Makkah dari 4 penjuru dan para tentera dilarang sama sekali menyakiti  orang tua, wanita, kanak-kanak, lelaki yang tidak bersenjata, tanaman, rumah ibadat dan banyak lagi.

Sebaik sahaja tentera Islam berjaya menakluki Kota Makkah, orang Quraisy merasa bimbang kerana merasakan mereka bakal dibunuh apabila memikirkan kezaliman dan penindasan yang mereka lakukan kepada orang Islam sebelum ini.

Ternyata persepsi itu meleset sama sekali apabila Rasulullah s.a.w. sudi memaafkan mereka semua walaupun dalam kalangan mereka ada yang telah membunuh kaum kerabat Baginda s.a.w dan orang Islam yang lain. Kerana kebaikan hati Baginda s.a.w, ramai penduduk quraisy memeluk Islam. MasyaAllah…

Dan ana ‘hadiah’kan video ini untuk kita hayati bersama. Terima kasih buat kumpulan ini yang telah melaksanakan rancangan seperti ini. Moga Allah redha…



Jika ditanya pada kalian,“apa yang kalian mahu lakukan sekiranya Rasulullah s.a.w. berada disisi kalian?”.


JOM KITA MENGEMBARA LAGI MENCARI BEKALAN KE DESTINASI ABADI…(^^,)