"Dengan nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani"
Dua minggu
sebelum 14 Jun 2014
“Asma’ buat
lagi ke program bantuan macam baiki rumah semua tu macam yang dibuat sebelum
tu?”,
sapa seorang staf di situ.
“Ia kak,
buat lagi. Cuma tak ‘update’ sangat dekat facebook sebab projek dalam proses
perlaksanaan. Kenapa kak?”.
Dia
pun menceritakan sesuatu yang buatkan saya terdiam seketika.
“Ada sebuah
keluarga susah, hidup banyak mengharapkan bantuan orang ramai. Dulu keluarga
nie sewa sebuah rumah tapi dah kena halau sebab tak mampu nak bayar duit sewa
rumah. Lepas kena halau tu, sehari mereka menumpang di masjid sebelum orang
ramai bantu carikan rumah sewa lain. Sekarang mereka berada di Tanah Merah,
akak pun tak gi tengok lagi”. Jelas akak tu.
“Baik akak.
Nanti kita cari dorang kat sana. Saya bagitahu bila nak gi dan akak bawa saya
ke sana”.
Hari itu
tiba…
Kami
buatkan sedikit bihun goreng dan kek coklat sebagai buah tangan untuk mereka
dan bertolak ke destinasi yang dituju pada awal pagi.
Hanya
berbekalkan sedikit maklumat yang diberi oleh keluarga tersebut, kami mencari
lokasi yang dimaksudkan. Terlepas sedikit dari jalan disebabkan tidak perasan
kedudukan rumah mereka kerana terlalu kecil dan sempit dari pandangan luar.
Ibarat
pondok buruk!
Namun
itulah rumah yang mereka duduki sekarang setelah dihalau dari rumah yang disewa
sebelum ini.
Ketika dihalau, tuan punya rumah atau pemberi sewa cakap, "mereka bukan ahli keluarga saya, kalau ahli keluarga saya mungkin saya bagi mereka tinggal lagi dekat sini. Saya tergamak untuk halau sebab dorang bukan ahli keluarga saya".
Rupanya masih ada yang belum faham apa yang Rasulullah s.a.w. sebut yang semua umat Islam itu bersaudara. Siapa yang tidak mengasihi, usah berharap untuk dikasihi!
Kami
masuk ke rumah disambut oleh lima beranak. Dua orang dewasa (suami dan isteri)
dan tiga orang remaja (seorang lelaki dan dua orang perempuan).
Si
isteri atau ibu ini terus menerus mengalirkan air mata semasa menceritakan
keadaan sebenar yang dialami oleh mereka. Sepasang suami isteri yang kedua-duanya mengidap penyakit kronik dan sentiasa perlukan rawatan dengan anak-anak yang perlukan bantuan untuk teruskan persekolahan. Saya diam tidak terkata.
Apa
yang mereka makan sehari-hari, usah disebut lagi. Jika sewa rumah dan bil utility tidak
mampu dibayar, kita sudah dapat bayangkan sendiri apa yang menjadi hidangan
mereka sehari-hari. Nasi putih berlaukkan telur atau berlapar untuk hari itu.
Pelbagai
jenis surat beliau tunjukkan kepada saya dari pelbagai jabatan agensi termasuk
NGO sendiri untuk meminta bantuan. Janji mahu dibantu dan sediakan kemudahan
yang mereka perlukan, tetapi hingga kini tiada apa yang menjadi realiti!
Beliau
berkata sampai satu tahap mahu pergi ke Kuala Lumpur dan minta bantuan dengan
orang di sana pula.
Tahu
apa yang bermain di minda saya selepas mengetahui keadaan mereka sebenar?
Aset
yang perlu dibina untuk ummah iaitu tiga orang anak yang berada di hadapan
saya.
Katanya,
ketiga-tiga orang anak ini walaupun susah dan serba kekurangan, keputusan
peperiksaan anak-anaknya sangat cemerlang dan menjadi harapan pihak sekolah.
Itu
menjadi ‘penambah perasa’ yang buatkan saya nekad untuk membantu mereka
walaupun saya tahu ianya mengambil masa yang agak lama untuk jadikan impian
mereka menjadi kenyataan.
Apa
yang mereka impikan?
Mereka
mahu bina sebuah rumah di tanah pusaka milik si ayah/suami. Mahu tinggal
dirumah sendiri dan bina keluarga disitu.
Projek
ini akan mengambil masa sekitar satu hingga dua tahun untuk ditunaikan dan saya
perlukan masa untuk mencari dana kewangan sekitar RM30 hingga RM40 ribu.
Dari
mana saya mahu dapatkan dan sebanyak itu? Saya sendiri masa fikirkan jalannya
dan berharap Allah bukakan jalan untuk kami.
Setelah
gambar diambil dari semua sudut dan keseluruhan rumah, saya minta izin untuk
beransur pulang.
Si
isteri atau mak ini bersuara, “surat-surat
semua nie tak nak ke?”.
Saya
senyum memandang ke arahnya.
“Saya tak
perlukan surat nie sebab saya bukan dari mana-mana NGO atau agensi kerajaan dan
kebajikan tetapi atas nama persendirian dan saya mewakili orang ramai di luar
sana. Saya akan usahakan dan saya perlukan masa untuk buat semua ini.
InsyaAllah..”.
Kenapa
saya berkata begitu?
Kerana
saya yakin masih ramai diluar sana yang punya hati seperti saya. Hati yang
ingin membantu individu dan keluarga seperti mereka.
Saya
yakin!
Bagi
yang ingin menyumbang dana kewangan, kalian boleh salurkan terus pada Akaun
rasmi Skuad Kebajikan Bidadari Solehah Enterprise.
Maybank:
5530-9200-3765
(Bidadari
Solehah Enterprise)
bidadari.collection@yahoo.com