“Dengan Nama
Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”.
“Untuk
manusia, Allah tidak beri kisah yang sia-sia”
Pagi
itu, kami bersiap-siap untuk pulang semula ke rumah masing-masing setelah tiga
hari berada di negeri orang. Turut merasai kehidupan yang agak sibuk di kota
raya.
“Akak, ada
orang ‘block’ kereta kita la. Saya naik balik nak bagitahu sebab risau orang tu
minta alihkan kereta, saya tak pandai. Hehe…”.
Saya
pandang seorang lagi sahabat yang bergilir bawa kereta dengan saya.
“Dah
siapkan? Awak turun la dulu alihkan kereta. Nanti akak turun, sikit je lagi
barang nie nak kemas”.
Dia
pun bersiap dan ambil barang yang dibawanya turun sekali.
Selang
beberapa minit, dia naik semula ke bilik.
“Tak
bolehlah akak, kereta tu betul-betul ‘block’ depan kereta kita. Tunggu juga kot
ada pemilik kereta tu tapi tiada. Akak cubalah gi tengok plak”.
Saya
segera bersiap dan bawa sedikit barang turun sekali untuk diletakkan dalam
bonet kereta.
Bila
tengok sendiri depan mata, fahamlah apa yang mereka katakan. Kereta tu
betul-betul ‘block’ depan kereta
kami. Langsung tiada ruang untuk menyelit keluar.
Semua
barang sudah dimasukkan dalam kereta dan kami memang sudah siap untuk bertolak
balik. Tetapi keadaan ini melambatkan pergerakan kami.
Saya
ajak sahabat lain pergi sarapan dulu sementara menunggu pemilik kereta tu mengalihkan
keretanya. Mungkin.
Ada
sahabat yang cuba cari solusi iaitu dengan mencari siapa pemilik kereta
tersebut dengan bantuan sahabatnya sendiri yang tinggal disitu. Maklumlah, kami
ini hanya menyewa bilik tersebut untuk tumpang berteduh.
Ada
staf disitu maklum, mungkin kami salah letak kereta kerana tempat itu
disediakan untuk bos mereka. Jika benar, memang silap kami kerana menyangka
pemiliknya tidak hadir disebabkan hari itu cuti umum.
Setelah
hampir satu jam menunggu, datang seorang lelaki lalu menghidupkan enjin kereta
yang berada di hadapan kami.
Saya
keluar dari kereta dan pergi kearahnya untuk minta maaf sebab sudah ambil
tempatnya.
Beliau
bertanya kami dari mana dan terus menegur perbuatan kami yang ambil haknya.
Ayat itu beliau ulang beberapa kali.
Saya
hanya diamkan diri dan mendengar saja tegurannya sebab memang salah kami
walaupun ketika itu mahu jelaskan keadaan sebenar bagaimana kami boleh terfikir
untuk letak kereta disitu.
“Kamu sudah
ambil tempat saya, kalau ada ‘parking’ kosong takpa, tapi takda, itu sebab saya
terpaksa ‘block’ kereta kamu sebab kamu sudah ambil hak saya.”
“Betul,
tindakan yang tuan buat itu betul dan saya minta maaf dengan apa yang berlaku.”
Setelah
itu, beliau undurkan kereta untuk beri laluan supaya kami dapat keluar. Saya
angkat tangan sebagai tanda maaf dan terima kasih sebelum berlalu dan beliau
hanya balas dengan menganggukkan kepala sambil tersenyum.
Sahabat
disebelah bersuara, “memang patutlah dia
marah sebab kita dah ambil hak dia..”.
Bila
sahabat cakap macam tu, air mata saya sudah bertakung dalam kelopak mata. Bukan
sebab kena tegur tetapi terasa bersalah dengan Allah!
Hati
saya bermonolog sendiri, “ini baru manusia
yang marah sebab ambil hak dia, bagaimana pula kalau Allah murka bila haknya
tidak penuhi? Tak solat,
tak tutup aurat, tak puasa, tak keluarkan zakat, buat maksiat. Allahu Allah. ”.
“Memang
patut pun Allah uji dengan pelbagai musibah dalam hidup sebab kita sering lalai
dalam penuhi kewajipan sebagai hamba Allah. Solat, tapi hati dan fikiran berada
di tempat lain. Pakai tudung, tapi aurat masih terdedah sana sini”.
Hmm…
Apa
yang dilalui hari itu betul-betul membekas dalam hati. Betul-betul muhasabah
diri. Allah tarbiyah terus melalui peristiwa tu.
Jangan
nak merungut jika duit tidak pernah cukup kalau diri tidak pernah bersedekah
dan keluarkan zakat.
Jangan
nak merungut kalau masalah datang bertimpa-timpa kalau diri tidak pernah sujud
kepada Allah.
Jangan
nak merungut kalau hati tidak pernah tenang kalau diri tidak pernah ingat Allah
masa susah dan senang.
Kita jaga
hak Allah, Allah akan jaga hak kita.
Sekian.
Allah lebih tahu.