Jumaat, 11 Mac 2011

Coretan Harian

“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”

Alhamdulillah Ya Allah atas kurniaan nikmat Iman & Islam, hanya kepada Mu daku bersujud. Selawat dan salam buat kekasih tercinta yang teramat-amat diri ini rindui, Nabi Muhammad s.a.w. dan kaum kerabat Baginda. Tidak lupa jua buat para sahabat dan tabi’in sekalian.

Alhamdulillah masih diberi keizinan dan kesempatan oleh Allah s.w.t. untuk terus istiqomah dalam menulis. Terasa bahu sedikit ringan selepas habis dua pembentangan dan dua exam pertengahan semester kelmarin.

Minggu lepas, sedang terkejar ke sana dan ke mari menyiapkan kerja, ana disapa dengan satu soalan dari seorang sahabat seperjuangan. “tak sentuh buku lagi nie, sibuk dengan urusan program hujung minggu nie. Macam mana ukhty boleh urus masa ye?”.

Ana tersenyum sendiri mendengar persoalan yang diajukan lalu ana kata padanya,“insyaAllah, ana kongsi dalam blog nanti”. Lebih suka berkongsi dengan semua orang, semoga ianya memberi manfaat untuk kita bersama. insyaAllah.

Di awal perjuangan ana di kampus sewaktu semester satu, ana juga seperti sahabat yang bertanya soalan kepada ana tadi. Tidak sempat untuk mengulang kaji pelajaran, jika punya waktu pun ana pasti gunakan waktu itu untuk tidur dan rehat bagi mengembalikan tenaga yang telah digunakan.

Ana mampu untuk kekal maintain ketika itu, namun tidak bertahan lama kerna kesibukan semakin bertambah-tambah dengan gerak kerja da’wah. Akhirnya result exam ana jatuh menjunam sewaktu di semester tiga. Alhamdulillah result sewaktu semester satu dan dua mampu cover result untuk semester tiga, jadi tidaklah begitu teruk.

Ana jadikan itu sebagai pengajaran supaya buktikan kata-kata yang sering diucapkan oleh pelajar sekaligus sebagai aktivis da’wah iaitu “da’wah nombor satu, akademik bukan nombor dua”.

Ana mula bertanya kepada sahabat-sahabat yang mampu kekal dalam akademik dan da’wah. Seringkali juga mendengar teknik, kaedah dan cara-cara dari insan hebat tentang bagaimana untuk lakukan yang terbaik dalam menguruskan kehidupan seharian.

“Rasulullah s.a.w. jauh lebih sibuk sebagai Rasul, panglima perang, pentadbir Negara Islam Madinah, Imam, pemimpin rumah tangga dan banyak lagi”

Bagaimana Baginda s.a.w. mampu untuk laksanakan segala amanah tersebut? Ana tidak mengkaji secara detail, namun ana pasti Baginda s.a.w. adalah insan yang begitu hebat pengurusan masanya.

Ana mendengar tips yang diberikan oleh seorang penceramah dalam Radio Ikim.fm supaya membuat skrip kehidupan dan mencatat segala kerja yang ingin dilakukan pada setiap hari. Jadi, ana mula mencipta kaedah tersendiri untuk pastikan diri mampu kekal maintain dalam melaksanakan amanah sebagai pelajar dan aktivis da’wah.

Apa yang ana lakukan, sediakan jadual sepanjang bulan. Catat segala peperiksaan, tugasan yang perlu dihantar, program dan sebagainya yang penting pada jadual tersebut mengikut tarikh yang ditetapkan.

Jadual yang ana buat untuk memudahkan segala kerja...(",)

Mungkin ramai dalam kalangan sahabat-sahabat yang mencatat dalam buku atau diari, itu juga bagus. Yang utamanya adalah catat segala tarikh-tarikh penting ini supaya kita dapat bersedia lebih awal dan tidak kalut apabila tarikh tersebut tiba.

Namun, ada juga sahabat yang bagitahu, buat jadual pun kadang-kala kurang membantu sebab kerja-kerja yang lain juga tergendala. Ana tahu sebabnya kenapa, ana juga mengalami masalah yang sama sebab jadual bulanan begitu umum.

Masalah yang ana hadapi takkala begitu sibuk adalah lupa. Apabila selesaikan kerja lain, kerja yang masih ada lupa untuk diselesaikan. Apa yang ana lakukan adalah, catat segala kerja yang perlu dibuat pada hari tersebut. Sebaik sahaja selesai solat subuh dan baca mathurat, ana ambil masa dalam 5 hingga 10 minit untuk fikir dan catat segala kerja yang perlu diselesaikan pada hari itu.

Coretan harian yang cukup membantu ana...(^_^)

Ana akan bawa kertas yang dicatat segala kerja ini ke mana sahaja ana pergi sepanjang hari itu. Sebaik sahaja siap melaksanakan kerja tersebut, ana akan tanda dan laksanakan kerja yang lain seperti yang tercatat dalam kertas.

Takkala begitu sibuk dengan pelbagai assignment, exam dan juga program. Coretan harian ini begitu membantu ana. Hati terasa puas setelah melihat kerja-kerja yang ingin dilaksanakan siap pada masa yang ditetapkan.

Pengalaman ana sendiri, kepala akan berserabut sangat apabila memikirkan begitu banyak kerja yang mesti disiapkan. Namun, setelah membuat list tentang kerja yang mahu disiapkan, hati terasa lapang sebab tidak banyak pun sebenarnya, cuma minda kita yang terasa berat.

Ana akan siapkan kerja yang mudah dahulu dan yang susah akan disiapkan kemudian. Tips ini ana ambil takkala teringat pesanan dari guru ana sewaktu mahu mengambil peperiksaan, “buat soalan yang mudah dulu dan baru yang susah sebab soalan yang mudah tu kita yakin dapat buat dan mungkin soalan yang susah tu akan mengambil masa yang lama untuk disiapkan hingga mengambil masa soalan-soalan yang lain”.

Jadi, pabila siapkan kerja yang mudah dahulu, kita dapat tengok list kerja yang perlu dibuat tinggal sedikit sahaja lagi yang perlu disiapkan.

Namun, ana mahu berpesan dua perkara. Pertama, jangan tangguh kerja. Apabila ada sahaja tugasan atau kerja, laksanakan secepat mungkin dan jangan tunggu untuk buat di kemudian hari.

Kedua, mesti istiqomah untuk siapkan kerja. Apabila jadual dan coretan harian dibuat, istiqomahlah untuk siapkannya. Jangan hari ini kita buat, esok dan lusa kita tidak buat. Masa begitu penting buat para aktivis da’wah. 

Setelah itu, berdoalah kepada Allah s.w.t. supaya segala urusan pada hari tersebut dipermudahkan segala urusan.

Boleh ambil jika rasa design nie sesuai dengan anda...(^_^)

Ana juga buat semua ini dan hasilnya begitu memberansangkan. Jadual, kertas, hiasan pada kertas dan seangkatan dengannya bolehlah dibuat atau direka mengikut kesesuaian dan kretiviti masing-masing.

Semoga perkongsian ana pada kali ini memberi manfaat untuk kita bersama. Sekiranya ada pembaca yang mahu berkongsi teknik dan kaedah yang lain, bolehlah komen nanti ye…(^_^)

.::JOM KITA MENGEMBARA LAGI MENCARI BEKALAN KE DESTINASI ABADI…(“,)::.
blog comments powered by Disqus