Sabtu, 5 Februari 2011

My Ummah

“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”

Alhamdulillah Ya Allah atas segala nikmat yang telah Engkau berikan kepada hamba ini walaupun kadang-kala hamba ini alpa kepada Mu. Selawat dan salam buat junjungan besar, Nabi Muhammad s.a.w. dan kaum kerabat Baginda. Tidak lupa jua buat para sahabat dan tabi’in sekalian.

Ingatan ana terbang jauh nun di Bumi Anbiya’. Menyaksikan tanah Mesir sudah mengeluarkan suara kebangkitan Islam. Doa tidak putus-putus dari saudara seIslam yang menyaksikan dari jauh. Moga kalimah “menang atau syahid” digenggam erat oleh kalian.

Takkala menulis artikel ini, ana juga sedang mendengar dendangan nasyid dari Sami Yusuf. Bait kata-katanya buat ana tersentak seketika dan muhasabah sendiri.


My ummah, my ummah
He will say
Rasulullah on that day
Even though we’ve strayed from him and his way
My brothers, my sisters, in Islam
Let’s struggle, work, and pray
If we are to
Bring back the glory of his way

CHORUS:
Ya Allah ya rabbal ‘alamin
Ya rahmanu ya rahim ya rabbi
O Allah Lord of the Worlds
O Merciful and Beneficent
O my Lord

Let the Ummah rise again
Let us see daylight again
Once again

Let’s become whole again
Proud again
’Cause I swear with firm belief in our hearts
We can bring back the glory of our past

My ummah, my ummah
He will say
Rasulullah on that day
Even though we strayed from him and his way
Look at where we were
And look at where we are
And tell me
Is this how he’d want it to be?
Oh no! Let us bring back our glory


 Ana terjumpa nasyid ini dalam youtube takkala sedang mencari video untuk digunakan dalam program. Ana membaca satu komen dari non-muslim yang turut tersentuh mendengar bait kata-kata ini.

“Allah Akbar…I am not muslim but feeling love for Allah and muslim people and everbody”

Hati ana bergetar setelah membaca kata-kata itu. Jika dia bukan Islam boleh merasai semua itu, mengapa kita sebagai orang Islam jarang sekali merasai semua itu?

Ana teringat satu soalan yang ditujukan oleh seorang pemuda kepada penceramah sewaktu program di UTEM, “di depan mata saya, ada dua kumpulan sedang membaling kuih ketika jamuan ringan di surau. Satu kelompok membaling kuih “hijau” manakala satu kelompok membaling kuih “biru”. Saya terkesima, kerna kedua-dua kumpulan tersebut adalah satu agama dan satu bangsa. Apa yang tuan akan lakukan jika berada di tempat saya?”

Ana ketawa dan hampir keseluruhan orang dalam dewan tersebut ketawa mendengar soalan yang diajukan oleh pemuda tersebut. Ana tidak mahu cetuskan apa-apa disini, cuma mahu kita sama-sama berfikir dan renungkan.

Ana mahu kongsikan sesuatu takkala ke UTEM, para pembaca boleh bacanya di laman web ini Kita Dahulu Pernah Gemilang. Fikir, renung dan muhasabahlah. Hanya dengan Islam, My Ummah akan bangkit semula. Tapi dengan cara bagaimana kita akan bangkit? Tanyalah diri kita…wassalam…


JOM KITA MENGEMBARA LAGI MENCARI BEKALAN KE DESTINASI ABADI…(“,)
blog comments powered by Disqus