Ahad, 28 November 2010

Cerpen: Jihad Ilmu

“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”

“Alhamdulillah Ya Allah…akhirnya amanah ku selesai juga…,”bisik hatinya sambil bibirnya mengukir senyuman.

Hatinya terasa lega sebaik sahaja semuanya tamat. Di jemput oleh pihak pentadbiran sekolah pada saat-saat akhir kerana penceramah yang asal tidak dapat hadir atas sebab tertentu. Hatinya puas dapat laksanakan amanah ini walaupun kepenatan masih terasa dengan program sebelumnya.

“Terima kasih diucapkan kepada Ukhty Miftahul Jannah diatas penyampaian ceramah motivasi yang disampaikan sebentar tadi. Sebagai penghargaan dari pihak kami, saya menjemput pengetua sekolah untuk naik ke pentas bagi menyampaikan sedikit cenderahati kepada Ukhty Miftahul Jannah. Dengan segala hormatnya dipersilakan”, ucap pengerusi majlis program motivasi “See U Di IPT”.

Puan Mawaddah berjalan naik ke pentas. Seketika kemudian, Jannah naik ke pentas untuk mengambil cenderahati sebagai tanda penghargaan buat dirinya walaupun pada mulanya dia menolak.

Setelah itu, mereka berjalan beriringan diikuti beberapa lagi guru lain dan ahli jawatankuasa program ke kantin sekolah untuk menjamu jamuan ringan.

“Bagus penyampaian kamu tadi ya, saya suka. Gaya penyampaian dan isi di dalamnya cukup bernas dan membakar semangat sampai saya pun jadi termotivasi bila dengar…hehe…”, puji Puan Mawaddah sambil memegang bahu Jannah.

“Alhamdulillah…semuanya dari Allah s.w.t… masih banyak lagi yang perlu saya perbaiki puan,” Jannah mengukir senyuman, cuba untuk merendahkan diri.

Rabu, 24 November 2010

Soalan Bocor…?

“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”

Alhamdulillah Ya Allah atas kurniaan nikmat Iman dan Islam, hanya pada Mu ku bersujud. Selawat dan salam buat kekasih hati yang amat-amat diri ini rindui, Nabi Muhammad s.a.w. dan kaum kerabat Baginda. Tidak lupa jua buat para sahabat dan tabi’in sekalian.

Alhamdulillah Ya Allah kerna masih memberi peluang kepada hamba ini untuk terus menukilkan sesuatu buat Ummah. Maaf ana pinta buat para pembaca sekalian kerna tidak berkesempatan untuk menupdate “diari” Kembara Sufi Di Bumi Tuhan nie. Maaf juga ana pohon kepada pembaca yang tertunggu-tunggu catatan terbaru dari ana.

Agak kesempitan waktu untuk menulis kerna masih dan sedang berjuang dengan peperiksaan akhir. Kadang-kadang hadir juga perasaan untuk menulis setelah melihat sudah beberapa hari tidak diupdate, namun terpaksa diabaikan. Moga sahabat pembaca mengerti ye…(^__^)

Ermm…soalan bocor? Mungkin ada sahabat-sahabat yang “sedang” menduduki peperiksaan di kala ini tertanya-tanya. Ana nak bagi tips atau klue untuk soalan-soalan exam ke? Hehe..

Paper pertama ana tiga hari yang lalu. Sebaik melangkah ke dewan peperiksaan, tercari-cari tempat duduk yang disediakan. Dewan yang memuatkan hampir 600 orang calon yang bakal mengambil peperiksaan akhir mengikut subjek masing-masing.

Sementara menunggu sahabat yang lain melangkah masuk ke dewan. Ana menulis segala maklumat yang diperlukan oleh pegawai dan pembantu peperiksaan. Mulut tidak henti-henti membaca selawat, moga hati itu setenang air untuk menjawab peperiksaan setelah bermula beberapa minit sahaja lagi.

Tiba-tiba…Allah… jiwa tersentak, hati ini terus sebak, mata mula berair…terpaku seketika…(T_T)