Ahad, 5 Jun 2011

Gelagat Dua Beradik…(“,)


“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”

Alhamdulillah Ya Allah atas segala kurniaan yang telah Engkau berikan kepada hamba ini, moga hamba termasuk dalam golongan yang bersyukur kepada Mu. Selawat dan salam buat kekasih tercinta, Nabi Muhammad s.a.w dan kaum kerabat Baginda. Tidak lupa jua buat para sahabat dan tabi’in sekalian.

Alhamdulillah Ya Allah atas keizinan Mu, hamba ini dapat meluangkan masa untuk menulis lagi. Coretan kali ini agak santai bagi memenuhi permintaan seorang adik yang menjadi pembaca setia diari nie untuk membaca kisah dua hero kecil dalam family ana…hehe.

Masa ana sampai je kat rumah hari tu, macam-macam benda si Ahmad Tajudin cakap dan tanya kat ana. Pening kepala layan gelagat dia, dah la mulut tak berhenti cakap. Ada je benda dia nak bagitahu sampai ana tak boleh nak lelap sekejap untuk hilangkan penat setelah meredah malam semalaman.

“kak ngah…kak ngah…dalam perut umie ada baby…”

“kak ngah…kak ngah…aju nak tengok cerita kartun…”

Layan jelah…dah dia memang banyak cakap pun…huhu.. sampai ummi kata, “aju…banyak mulut sungguh la, bagi kat anis sikit mulut tu…hehe…”. Anis Syakirin memang tak banyak cakap sebab dia tak dapat cakap dengan sempurna, hanya boleh panggil abah, maaa…dan buat bunyi je…boleh baca kisah Anis Syakirin kat sini "Insan Istimewa"

Ahmad Tajudin nie plak memang rajin belajar, tiap kali ummi suruh si abangnya Sirajuddin buat kerja sekolah, dia pun pergi la ambil buku latihan dan buku conteng yang ummi beli kat dia. 

khusyuknya...(",)

Memang rajin…hehe.. Dia boleh buat latihan tu berjam-jam, punya la minat kat buku tu. Bila dia tanya itu ini, boleh tahan lagi. Kalau dari pagi sampai petang dia duduk dengan buku tu, lagi banyak la dia tanya.

Mula-mula dia duk tanya ana, “kak ngah, 18-9=9 ke?” ana angguk tanda betul. Lepas tu dia bilang lagi, “kak ngah, 17-7=10 ke?”. Layan jelah kan. Tu sebelah pagi, petang tu bila dia tanya ana lagi. “kak ngah, 19-5=14 ke?”. Penat dah nak layan dia, ana pun cakap la kat dia…“aduh aju, kak ngah sakit kepala la…” sambil buat-buat sakit..hehe…

Dia pun tanya ummi sampai habis, ummi pun layan jelah…hehe.. Ana nie memang tak layak nak jadi cikgu pun sebab tak sabar…huhu.. Penat woo nak layan dia, duduk tunggu dia buat garis-garis, lepas tu pangkah pulak, lepas tu bilang lagi…huhu…

Baring sambil buat latihan..hehe
Biasa la kan, budak baru belajar…hehe. Nasib baik abang dia tak macam tu, kalau tak…tak tau la…huhu… Ummi yang ajar Ahmad Tajudin kira macam tu, untuk mudahkan dia.

Dia memang rajin, masa ana sebaya dia, ana duduk main masak-masak lagi kot…huhu… Memang anak pintar, ana dapat tengok sebab gaya dia berfikir tak sama macam adik beradiknya yang lain.

Ana pernah tanya ummi, “tak nak hantar Aju masuk Tahfiz ke?”.

Ana teringat artikel yang Ustaz Zaharuddin tulis, boleh baca kat sini "inginkan ulama malaysia seperti al-qaradawi?". Moga-moga dia menjadi anak yang soleh dan jadi insan yang berguna untuk ummah…ameen ya robb.

Kat dalam rumah...(",)

Kat luar rumah...(",)

Dua gambar kat atas nie plak diambil semalam sebelum pergi walimah sepupu ana. Macam tu la, sebelum dapat naik van, sempat lagi pergi main dulu sampai berpeluh-peluh. Layan jelah…huhu

Orang lain duduk sibuk-sibuk layan tetamu dan tolong siapkan hidangan, dua beradik nie plak duduk sibuk-sibuk kat sini. Layan permainan kat rumah sepupu sampai abah kata, “tengoklah tu, bukan hirau kat orang kalau dapat permainan, pagi main, petang main, malam main…bila nak duduk diam pun tak taulah…”.

Senyum...(^_^)
Ana pun gelak. Teringat masa pergi kat KB Mall dengan abah dan ummi. Terpandang gelagat dua orang budak kecil, lebih kurang macam sirajudin dan Ahmad Tajudin saiznya, duduk menjerit-jerit dan nangis sambil berlari kat ibu dia.

Ana tengok, lepas tu ana pandang ummi. Kitaorang gelak sama-sama sebab teringat gelagat dua orang hero tu…hehe… Lebih kurang macam tu la gayanya bila dua-dua atau salah sorang dari dua hero tu tak dapat apa yang dia nak…huhu..

Bila dah nak balik, ana cakap kat dua beradik, “Siraj, Taju…nak balik dah nie. Kemas permainan cepat…”

Mula-mula elok je kemas permainan berdua, lepas tu Tajudin lari.. tak nak kemas dah. Ana pun cakap kat dia, “nak gi mana tu? Tak sayang kat abang la tu, kesian abang kemas sorang-sorang…”

Dia pun sengih macam kerang busuk. Pergi balik kat abang dia, kemas sama-sama sampai semuanya siap. Lepas tu pergi kat ruang depan tempat para tetamu makan, ternampak sorang lelaki duduk main game dalam laptop.

Sirajudin dengan tanpa segan silunya pergi kat dia sambil cakap, “waaa…. bestnya…permainan nie la yang siraj nak main. Nak main boleh tak?” Duduk kejap sambil main game tu. Main lagi…hehe…

Main lagi...(",)

Sambil terbongkok-bongkok si adik tengok si abang main. Ahmad Tajudin cakap kat abang dia,“abang din, aju nak main pulak…”.

“Aju pandai main ke?”

“tak pandai…”

Khusyuknya dua beradik nie...(",)

Sampai ke sudah abang dia main sorang-sorang. Masuk je dalam van, mata dua-dua dah kuyu. Mana taknya, penat bermain. Baju pun busuk dengan bau peluh. Sampai je rumah, macam biasa la… “nak susu dalam botol…”. Last sekali, dua-dua lena atas kerusi sofa…hehe

Rumah nie sunyi bila dua beradik nie tidur jelah…kalau tak riuh rendah dengan suara dua beradik nie duduk main…huhu… Bila lahir sorang lagi ahli baru dalam keluarga kami, tak taulah macam mana plak gayanya…hehe…

Alhamdulillah…kalau cuti sekolah nie orang lain sibuk dengan majlis perkahwinan dan walimah, bertambah ahli baru dalam keluarga. Keluarga ana pulak sibuk dengan persiapan untuk menyambut kelahiran seorang lagi ahli baru. Moga Allah s.w.t. permudahkan segalanya…ameen ya robb…Wallahua’lam…

Rabu, 1 Jun 2011

Syukuri Segala Nikmat PemberianNya


“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”

Alhamdulillah Ya Allah atas segala kurniaan nikmat Iman, Islam & Ihsan yang telah Engkau berikan kepada hamba selama ini. Selawat dan salam buat junjungan besar, Nabi Muhammad s.a.w dan kaum kerabat Baginda. Tidak lupa jua buat para sahabat dan tabi’in sekalian.

Alhamdulillah Ya Allah atas keizinan untuk terus istiqomah dalam menulis. Akhirnya jari jemari menari-nari juga atas papan keyboard laptop setelah diari kesayangan nie sepi untuk beberapa hari…(^_^).

Alhamdulillah ana sudah pun berada di rumah beberapa hari lalu, rasanya ana bakal cuti panjang kali ini tanpa apa-apa program kerohanian atau motivasi. Yang sedia ada sudah dibatalkan dan menarik diri pada saat akhir kerna umie dan keluarga disini lebih memerlukan ana.

Ada sahabat yang bercanda, “takpe, tiga tolak. 10 yang sedang tunggu disana…(“,)…”

ana tersenyum sendiri membaca kata-katanya. Doktor memberitahu yang umie bakal bersalin pada bila-bila masa dan persediaan sedikit demi sedikit sudah dibuat. Dua orang sepupu ana pula bakal mengadakan walimah beberapa hari lagi dan persiapan yang rapi masih belum siap.

Maka ana memutuskan untuk berada di rumah sahaja sepanjang cuti hampir 4 bulan nie sambil mengambil lesen motor. Rumah juga semakin di cuci dengan bersih untuk menyambut kelahiran kali ini. Mata ana pula sudah kehilangan “dua mata” lagi…hehe..

Al-kisahnya, sewaktu balik rumah baru-baru nie, bas singgah di sebuah Masjid untuk solat subuh. Ana dan beberapa penumpang lain turut turun untuk tunaikan kewajipan sebagai hamba Allah s.w.t…setelah selesai semuanya, ana dan sahabat yang terakhir sekali naik bas.

Sebaik sahaja bas sudah bergerak untuk meneruskan perjalanan, ana mencari cermin mata kat poket belakang kerusi tapi tak jumpa dan terus teringat yang ana lupa nak ambil masa tanggalkan waktu nak ambil wuduk. Mahu minta pak cik driver berhenti, ana duduk di tingkat atas bas double decker. Senyum jelah…(^_^)

Niat dihati mahu kembali semula bila sampai di rumah nanti, tetapi ditangguhkan dan dua hari kemudian baru ana dan adik lelaki pergi semula ke masjid tersebut untuk mencari “dua mata” ana lagi. Sayangnya cermin mata ana sudah tidak ada di tempat yang ana letak.

Tercari-cari sekitar masjid, namun tidak juga ketemu. Lalu adik lelaki ana masuk ke ruangan solat muslimin untuk mencari nombor telefon tok imam, tidak ada juga dipaparkan. Maka ana katakan pada diri, “redhalah…ianya bukan lagi milikmu…”.

Ana dah mula pakai cermin mata seawal usia 11 tahun lagi hingga sekarang. Cermin mata tu baru sahaja ditukar satu tahun setengah yang lalu sebab cermin mata sebelum nie besinya sudah berkarat dan risau sekiranya karat tersebut memberi mudarat pada diri. Harga cermin mata tu sekitar RM299 dan ana pun tak tahu yang tu kali keberapa tukar…hehe..

Jadi, bila si rabun di tambah pula silau. Maka ibarat sang buta tercari-cari tongkatnya. Pada hari pertama tanpa cermin mata, terasa pening dan pedih yang amat mata nie. Kadang-kala terpaksa pejam mata untuk seketika bagi hilangkan rasa pedih dan mata pun berair sebab tak tahan silau.

Masa tu baru ana teringat yang ana pernah terdetik dihati untuk guna mata yang asli dan bukan “mata empat” lagi. Akhirnya, Allah s.w.t. makbulkan permintaan ana tu. Sebab tu ana tak kalut pergi buat cermin mata yang baru…(“,)

Ketika itu ana muhasabah sendiri. Kadang-kala, nikmat yang Dia berikan terus menerus membuatkan kita tidak sedar dan tidak reti untuk melafazkan rasa syukur atas segala pemberianNya. Bila sudah hilang barulah mula tercari-cari…


Buktinya berapa ramai yang baca doa lepas makan sebaik sahaja selesai makan? berapa ramai yang baca doa bangun tidur setelah bangun dari tidur yang panjang? dan berapa ramai yang sujud syukur takkala mendapat sesuatu nikmat? Tepuk dada dan tanya SIAPA aku…


“Maka, yang mana satu diantara nikmat-nikmat Tuhan kamu yang kamu dustakan?”
(Surah Ar-rahman, disebut 31 kali)

Pada mulanya ana rasa sukar untuk membuat kerja tanpa bantuan “dua mata” lagi. Tapi kini ana sudah mula membiasakan diri, mula untuk menghargai mata ana yang asli. InsyaAllah dalam minggu depan baru pergi buat cermin mata yang baru.

Pernah dengar ustaz ana bagitahu tika dalam kuliah, “nak mata tu sihat, pagi-pagi turun dari rumah dan tengok pokok dan tumbuhan hijau. Kalau ada embun, ambil dan sapu kat mata sambil baca selawat syifa’…”

Setakat mana keberkesanannya, boleh la cuba sendiri ye sebab ustaz yang kongsi ilmu tu pun sampai sekarang tak pakai cermin mata. Tips dari ana untuk bagi mata tu sentiasa bersih dan suci pula, tundukkan pandangan dan usah biarkan mata itu melihat benda yang haram untuk ia lihat…(^_^)

Dan ana dengar perkongsian dalam radio Ikim.fm. pagi-pagi oksigen teramat bersih sebab belum ada pencemaran udara disebabkan debu, asap kereta dan kilang. Itulah hikmah dan kelebihan solat subuh berjemaah di Masjid, badan bertambah sihat kerna menghirup udara bersih…wallahua’lam…


JOM KITA MENGEMBARA LAGI MENCARI BEKALAN KE DESTINASI ABADI…(“,)