Khamis, 1 Julai 2010

Jatuhnya seseorang bila……………..


“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”
Alhamdulillah Ya Allah kerna masih memberi peluang kepada hamba ini untuk terus menerus beribadat kepada Mu. Selawat dan salam buat pemilik cintaku selepas Allah s.w.t. iaitu Nabi Muhammad s.a.w. dan kaum kerabat Baginda. Tidak lupa jua buat para sahabat dan tabi’in sekalian.
Ana sedih sebab terlepas satu artikel untuk bulan lepas, tidak cukup satu artikel….. nampaknya untuk bulan nie kena top up lah satu artikel. Harap-harap dapat terus istiqomah…insyaAllah….
Semalam ana buat kajian tentang seseorang tetapi entah kenapa laman web yang pernah ana lawati sebelum ini tidak dapat dibuka, sudah beberapa kali mencuba tetapi tetap tidak dapat. Pagi nie ana cuba alternative lain, dapat juga maklumat yang ana mahu kongsikan walaupun di laman web yang lain. Alhamdulillah…
Beliau adalah insan yang ana jadikan pembakar semangat buat adik-adik STPM sewaktu memberi ceramah dua hari lalu. Jadi, ana ingin berkongsi dengan sahabat-sahabat pembaca pula. Moga peroleh manfaatnya ye…

XXXXXXXXXXX
Namanya selalu meniti di bibir hampir setiap orang, seolah-olah sikap dermawan beliau adalah versi  Saidina Uthman zaman kini. Inilah insan tersebut…

Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhari

Ana yakin, ramai yang mengenalinya. Dengan harta yang beliau miliki, beliau menggunakan dengan sebaik mungkin. Beliau menubuhkan rumah anak yatim, sekolah, masjid, tuesyen dan banyak lagi untuk membantu mereka yang kurang bernasib baik. Ya Allah…rahmatilah lelaki ini, teguhkan imannya untuk terus berbakti pada Umat Islam…ameen…
Bagaimana sumbangan sosialnya bermula? Bila mana ibunya menyuruh memberikan sebahagian elaun (RM750.00) pertamanya sebagai pengarah syarikat beras kepada jiran yang susah. Sebahagian lagi (RM750.00) ibunya simpan. Selain itu, ibunya juga menyuruh beliau menghantar lampu kerosen ke surau-surau untuk menerangi kegiatan sepanjang malam bulan Ramadhan. Dari situ bermulalah pembentukan peribadi dan pemikiran Syed Mokhtar yang kita kenali hari ini.
Ini pula antara peribadi dan pemikirannya, renung-renungkan ye…
1.      Ada sebab kenapa saya bekerja seperti tiada hari esok. Agenda sosial dan kerja-kerja kemasyarakatan itulah antara sebabnya. Saya mahu meninggalkan warisan untuk anak bangsa yang kekal berpanjangan.
2.      Tiada apa-apa rahsia. Saya ini hamba Allah biasa, budak dangau macam saudara semua juga. Tuhan jadikan manusia ini sama sahaja. Proses kematangan saya yang membezakannya. Saya percaya sesiapa pun boleh menjadi apa sahaja asalkan mereka berusaha dengan tekun. Tetapi tentulah ia memakan masa. Tiada jalan singkat.
3.      Saya mengenali kekuatan dan kelemahan saya. Apa yang tidak mampu buat saya akan minta orang lain tengok-tengokkan. Saya melalui jalan yang susah tapi itulah jalan yang kekal.
4.      Saya pun suka kemewahan. Saya pun suka tengok dunia, ke Tokyo, New York dan London. Saya pun suka pakai baju elok. Tapi kita hendak bermewah setakat mana, hendak pakai baju banyak mana, hendak tidur dalam berapa rumah satu malam, hendak makan pun sampai larat mana ?
5.      Korporat Cina turun ke bawah membantu. Orang Cina ada pelbagai persatuan. Kita tidak ada; kalau ada pun berpecah. Orang Melayu kita tidak mahu bekerjasama kerana perasaan dengki menguasai diri. Sudahlah tak mahu berusaha, apabila orang lain berusaha mereka
marah.
6.      Saya asal daripada tidak ada apa-apa. Apa yang saya tidak tahu saya belajar, minta tolong daripada orang. Saya tidak malu. Saya bukannya mencuri. Saya usaha sendiri. Sikap pemalas dan pemalu ini yang orang Melayu kena atasi. Kita kena berani kerana benar. Apabila kita dapat keuntungan dan rezeki lebih, bolehlah kita menolong orang.
7.      Saya tiada keinginan untuk menyimpan kekayaan ini untuk anak dan isteri. Duit ini tidak akan kekal. Saya percaya hanya perkara yang baik yang kita lakukakan akan kekal. Bukan duit yang akan melindungi saya nanti tapi apa yang saya lakukan sekarang.
8.      Ketika Allah memberika kemewahan, kita kena turun ke bawah, tengok mana-mana yang boleh dibantu. Allah beri rezeki melalui kita untuk kita tolong orang lain. Rezeki itu bila-bila masa dia boleh ambil balik. Jika ada orang korporat Melayu yang tidak mahu turun ke bawah mungkin kerana bayangan duit itu lebih kuat daripada yang lain.
XXXXXXXXXXX
Ini hanyalah sebahagian yang sempat dirakam oleh beberapa orang yang kagum dengan peribadi insan ini. Bagi para pembaca yang mahu membaca selain dari yang atas, boleh search dalam google dan tulis kenali peribadi Syed Mokhtar Al-Bukhari.
Ana juga pernah dengar dari mulut beberapa orang mengenai peribadinya. Walaupun sudah memegang jawatan sebagai Pengarah Urusan di sesebuah syarikat, beliau masih menaiki bas untuk ke tempat kerja sedangkan beliau boleh membeli kereta dengan gajinya yang banyak.
Mak saudara ana pernah bagitahu, ada beberapa orang yang pernah cuba meminta  beliau memberikan ceramah tentang kejayaannya namun dia menolak sehabisnya. Sekiranya dia terima sekalipun, dia terima dengan hati yang berat. Cukup merendah diri, tidak sekalipun bangga dengan kejayaannya.
Apa yang ingin ana katakan disini, beliau muliakan orang-orang dibawahnya, beliau bantu insan yang benar-benar kesempitan hidup, beliau tubuhkan pusat-pusat kebajikan untuk menyalurkan kekayaan yang dimilikinya, dan banyak lagi. Akhirnya, Allah s.w.t. mengangkat darjatnya dengan dimuliakan disisi manusia.
Lantas ana teringat kisah yang pernah mak saudara ana ceritakan. Kebanyakan jutawan Melayu yang berjaya, mereka lupa orang dibawah. Bila sudah berjaya, dengki dengan dengan rakan-rakan yang juga berjaya. Tidak keluarkan zakat apatah lagi untuk membantu orang lain.
Bangga dengan kejayaan dan kekayaan yang dimilikinya. Benar apa yang Syed Mokhtar Al-Bukhari katakan, “Jika ada orang korporat Melayu yang tidak mahu turun ke bawah mungkin kerana bayangan duit itu lebih kuat daripada yang lain”.
Akhirnya, mereka yang bangga ini. Dijatuhkan Allah s.w.t. serendah-rendahnya sehingga di isytihar muflis, ana pun tidak tahu mereka dapat bangkit semula atau tidak kerana sudah lama tidak mendengar khabar berita seperti dulu.
XXXXXXXXXXX
Bukankah bangga diri dan riak itu syirik kecil kepada Allah s.w.t… Bangga itu hanya layak bagi Allah s.w.t. dan bukan pada kita sebagai hambaNya. Sebaliknya berdoalah moga kita mampu menjaga hati kita dari semua perasaan tersebut. Kita wajib untuk belajar membuang  dan menghakis perasaan riak daripada terus bersarang dalam hati kita.
Renung-renungkanlah…kita tetap akan memakai kain kafan berwarna putih, sama sahaja bagi tiap orang dan bukannya yang disaluti emas kecuali bagi mereka yang syahid. Harta yang dimiliki tidak akan muat untuk dimasukkan dalam kubur kita.
Fikirlah….”jatuhnya seseorang bilamana……..dirinya mula terasa hebat…..”
Wassalam….
 JOM KITA MENGEMBARA LAGI MENCARI BEKALAN KE DESTINASI ABADI…(“,)
blog comments powered by Disqus