Rabu, 5 September 2012

Hati, Allah Yang Pegang…♥


“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”

“Hati, Allah yang pegang.
Minta dengan Dia dulu.
Baru usaha yang selebihnya.”

Alhamdulillah wa syukrillah atas ‘keajaiban’ dan aturan yang berlaku hari ini. Ana sujud syukur atas segala nikmat yang telah Allah kurniakan. Tidak terhitung banyaknya anugerah yang telah diberikan. Allahu Allah.

Kata-kata yang tertulis diatas sangat ana suka. Apabila ada insan lain yang datang minta nasihat atau pandangan, akan ada dalam kalangan mereka yang ana tulis semula ayat tersebut. Sangat bermakna buat diri!

Saban hari, hati ini juga sentiasa dilatih untuk sentiasa yakin dengan aturan dan bergantung sepenuhnya terhadap Allah tidak kira dalam apa jua situasi. Masih terus mencuba dan terus mencuba mentarbiyah diri walaupun jalan untuk mujahadah itu terlalu panjang dan sukar.

2 September 2012 yang lalu, ana membawa haluan sendiri dalam mengembangkan perniagaan online dengan berdaftar secara rasmi di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atas nama “Bidadari Solehah Enterprise” tanpa berkongsi lagi dengan kakak sulung walaupun pada mulanya kami mahu bersama-sama menguruskan perniagaan online.

Alhamdulillah wa syukrillah urusannya mudah sekali dan nama yang ana pilih juga terus diterima tanpa banyak pertimbangan. Mula memikirkan strategi dan pelan pemasaran untuk produk baru yang sudah dan bakal dipasarkan dalam masa terdekat. Semoga Allah permudahkan usaha kecil ini. Allahuma ameen.

Siang tadi, ana keluar dengan sahabat baik iaitu kak Jie Nazirah. Makin berseri-seri wajah dan senyuman selepas berkahwin. hehe!

Kak jie yang suka simpan memori melalui gambar...^^
Kami pergi borong stok kain untuk dibuat tudung labuh dan niqab disamping ke beberapa kedai untuk melihat sekiranya ada peluang untuk memasarkan produk baru. Banyak juga yang kami berdua fikir dan rancang tadi. Harap-harap dapat dilaksanakan satu demi satu.

Semasa di sebuah kedai, ada seorang pak cik yang juga pekerja disitu menyapa.

“Kerja kat mana sekarang?”.

“Oh, saya buat bisnes je. Beli kain dan reka-reka sendiri ikut kesesuaian”, jawab ana.

Keinginan untuk melihat ramai wanita Islam kembali pada fitrah iaitu menutup aurat dengan sempurna semakin membara. Ana faham betapa susahnya di zaman ini untuk mencari pakaian yang benar-benar memenuhi ISO Syariah Islam.

Cuba sedayanya untuk bekalkan sebanyak mungkin pakaian yang mampu membantu wanita Islam diluar sana bagi mendapatkannya dengan mudah dan murah. Disamping berkongsi rasa dan pesanan dengan insan-insan yang mula berjinak-jinak untuk menutup aurat dengan sempurna.

Keinginan ini ana mohon bantuan dan pertolongan dari Allah. Sering meminta dan merintih moga-moga doa ini dimakbulkan saat terjaga dua pertiga malam. Dipermudahkan segala urusan dan dikuatkan hati untuk kekal setia dengan perkampungan akhirat.

Beberapa hari lalu, Allah aturkan dengan menghantar seseorang. Muslimah tersebut menghantar pesanan dalam facebook dan menyampaikan hasrat sekiranya ana mahu mengambil pakaian dengannya yang dibekalkan dari Mesir.

Setelah berurusan dengannya beberapa hari, Muslimah tersebut memberitahu bahawa dia mahu serahkan barang yang ada padanya untuk ana pasarkan dan jika tidak habis dijual, boleh dikembalikan semula. 

Sepanjang satu tahun lebih ana buat perniagaan online, inilah kali pertama ada insan sepertinya yang tawarkan begitu kepada ana sedangkan kami tidak pernah bersua muka, ta’ruf baru hari ini dan belum sampai satu minggu kami berhubung. Allahu Allah.

Saat ana bertanya kepadanya,

“ukhty kenal tak ana?”.

Muslimat tersebut tulis satu badan NGO yang ana sertai. Tatkala ana khabarkan bahawa ana salah seorang aktivis badan NGO yang disebutnya dan memberitahu nama jurulatih yang melatih kami, dia khabarkan itu adalah bapa mertuanya! Allahu Allah.

Ana terkejut. Lagi ana terkejut apabila muslimah tersebut khabarkan ini.



Allahu Allah. Ini aturan siapa kalau bukan Allah s.w.t. Hati jadi terharu sangat dengan ‘kejutan’ yang Dia berikan kepada ana. Tanpa berlengah, selesai solat, ana terus sujud syukur atas nikmat yang telah Dia anugerahkan.

Benarlah, “Hati, Allah yang pegang”.

Bukan setakat hati, malah seluruh segala isi dunia dan akhirat, Allah yang pegang. Dia tahu apa yang terbaik buat hambaNya. Apa lagi yang buatkan kita jauh dariNya? Sedangkan Allah minta kita rukuk & sujud kepadaNya sertai patuhi dan jauhi laranganNya.

Ini pesanan ana buat seluruh sahabat pembaca sekalian, didik hati sebaiknya. Jauhkanlah dari ‘couple’, malah jangan sesekali dekat dengannya kerana hati tidak akan pernah khusyuk sekiranya hati sudah tidak ‘halal’ pentadbiran kerajaannya.

.:: Jaga hati. Jaga Iman. Hiasai peribadi ::.
wallahua’lam.

Allahuma ameen...(^^,)

JOM KITA MENGEMBARA LAGI MENCARI BEKALAN KE DESTINASI ABADI…(^^,)

Isnin, 3 September 2012

Repairing The World With Love ♥


“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”

“Ubah dunia dengan cinta.
Cinta yang lahir dari hati.
Hati yang disaluti dengan Iman.”

Alhamdulillah wa syukrillah. Minggu yang teramat sibuk sudah berlalu pergi. Badan pula sudah direhatkan secukupnya. Kembali mengatur rentak dalam kondisi hati yang cuba ditarbiyah secukupnya setelah tercalar sedikit…(^^,)

Ada yang minta ana ulas dan perbanyakkan penulisan berkaitan dengan hati. Ana cuba raikan permintaanya, cuma tidak tahu dari mana hendak mula…:p

Ana pernah menonton satu cerita. Kisah seorang anggota polis yang cuba mencari siapa yang membunuh isterinya. Hidupnya jadi tidak terurus dan sentiasa tertekan kerana hatinya penuh dengan dendam dan kebencian. Keinginannya untuk membalas dendam terhadap kematian isterinya membuatkan dirinya seperti ‘mayat hidup’.

“Jasadnya hidup. Tetapi hatinya mati!”

Suatu hari, dia terserempak dengan seorang lelaki yang merupakan seorang penulis novel. Lelaki ini mengajak anggota polis tersebut untuk singgah minum kopi di rumahnya. Lelaki itu merupakan anak angkat kepada seorang hartawan perniagaan tetapi tetap merendah diri dengan apa yang dimilikinya.

Saban hari, lelaki ini sentiasa menjemput anggota polis tersebut ke rumahnya samaada minum pagi atau makan tengahari. Bukan sahaja dihidangkan dengan makanan yang enak, malah disajikan juga dengan ‘makanan rohani’.

Satu minggu berlalu, anggota polis tersebut menghidu sesuatu yang sangat wangi dalam rumah penulis tersebut. Akhirnya dia temui sejambak bunga yang diletakkan di pintu utama rumah.

“Wanginya bau bunga nie”, kata anggota polis tersebut.

Lelaki itu senyum seraya berkata, “bunga itu sudah pun ada sejak kali pertama saya ajak awak ke sini dan awak baru dapat menghidu baunya hari ini?”.

Anggota polis itu terdiam.

Lelaki itu menjemput anggota polis tersebut ke bumbung rumahnya. Di situ, terhias indah sebuah taman bunga dengan pelbagai jenis bunga dan bau harum yang sangat menenangkan.

“Taman ini saya gubah dan hias untuk isteri saya. Tetapi sayangnya dia tidak sempat untuk melihatnya. Sehari sebelum dia meninggal akibat kemalangan jalanraya, dia pernah berkata kepada kepada saya. “Hanya hati yang penuh dengan cinta sahaja akan dapat menghidu bau dan merasai wangian bunga ini”. 

“Saya juga pernah melalui hidup yang gelap gelita seperti awak. Saya tidak makan, tidak minum dan asyik bersedih dengan kematian isteri yang amat saya cintai sepenuh hati hingga jatuh sakit dan dimasukkan ke dalam hospital. Sebaik sahaja sedar dari koma, saya terhidu bau yang sangat wangi dan menyenangkan. Dari situ saya teringat kata-kata isteri saya. Maka, saya tetap teruskan membina dan mengubah taman ini supaya cinta isteri saya sentiasa hidup dalam hati saya.”

"Redhalah dengan pemergiannya. Carilah pembunuh itu kerana awak kasih kepadanya dan mahu beri pengajaran kepadanya. Bukan kerana mahu membalas dendam atas kematian isteri awak. Mesti awak dapat temui petunjuk atau bukti dengan mudah bila hati awak penuh dengan kebaikan dan ingin tegakkan keadilan", luah lelaki itu sambil menepuk bahu anggota polis tersebut.

*********************************

Pengalaman yang dilalui sendiri juga banyak mengajar diri ini untuk mentarbiyah hati dengan sebaiknya. Masih ana ingat, saat itu terlalu banyak sangat program yang perlu dilaksanakan. Masalah juga datang bertubi-tubi tanpa sempat ana mencari masa untuk ‘bernafas’ dan mengatur rentak dengan teratur.

Ketika itu, emosi bercampur baur antara dengan kebaikan dan kebatilan. Terasa mudah sangat nak marah dan prasangka buruk dengan orang sekeliling. Apa yang dibuat untuk atasi masalah tersebut jadi serba tak kena!

Satu hari ketika berbincang berkaitan program yang hendak dilaksanakan beberapa hari lagi, hati terasa sedikit lega dengan masalah yang sudah dapat diatasi. Ketika itu angin sedang menyapa lembut dan hati ana merasa ada suatu perasaan yang damai menyapa dalam hati.

Ketenangannya sukar untuk diungkapkan dengan kata-kata. Air mata mula bertakung. Hati jadi muhasabah sendiri, “Allahu Allah, baru kini ku merasai kelembutan dan kedamaian sang angin. Kenapa sebelum ini ku tidak pernah merasainya sedangkan saban hari sang angin menghembus lembut ke arahku. Allah, apakah hati ini penuh dengan kebencian hingga tidak mampu untuk merasai kehadirannya?”.

Sejak dari hari itu, ana belajar untuk tetap menghargai dan menerima apa sahaja yang hadir dalam hidup. Cuba jadikan ianya pelangi yang mewarnai hidup ana walaupun ianya berat dan sukar untuk dihadam pada mulanya.

Namun, lama kelamaan hati ini mudah untuk mengukir senyuman hingga masalah juga turut ‘tersenyum’ saat dia datang menyapa walaupun kehadirannya tidak pernah diminta...(^^,)

Merasai kehadiran sang angin with my kelisa dakwah...(^^,)

Begitu juga kehidupan kita dalam sehari-hari. Masalah seringkali datang menyapa, ujian juga tidak pernah bagi ‘signal’ apabila ianya datang bertamu. Bagaimana kondisi hati kita saat melaluinya? Kita yang tentukan sebab bahagia itu pilihan.

 “Hati yang penuh dengan dendam, amarah, hasad dengki, benci dan prasangka buruk tidak akan pernah merasai kebaikan hati dan keikhlasan insan yang berada disekelilingnya”

**************************************

Tekan untuk tumbesaran...:p

Begitu juga dengan kisah ini. Bila hati kurang dengan kasih sayang dan penuh dengan rasa amarah. Kita jarang sedari dan mendengar suara hati insan lain serta seringkali meminta orang lain terlebih dahulu memahami hati kita.

“kita tidak mampu ubah hati orang lain untuk bersangka baik. Tetapi kita dapat tarbiyah hati kita untuk bersangka baik dengan orang lain”.

Repairing The World With Love… ♥
.:: Cinta High Class ::.


JOM KITA MENGEMBARA LAGI MENCARI BEKALAN KE DESTINASI ABADI…(^^,)