Selasa, 6 Mac 2012

Bahtera Kembaraku


“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”

Subhanallah, alhamdulillah, Allahuakbar. Puji-pujian hanya layak buat Mu, Tuhan sekelian alam. Selawat dan salam buat junjungan besar, Nabi Muhammad s.a.w. dan kaum kerabat Baginda. Tidak lupa jua buat para sahabat dan tabi’in sekalian.

Alhamdulillah Ya Allah atas keizinan dan ilham yang telah Engkau berikan kepada hamba ini. Moga diri ini terus istiqomah untuk menulis sesuatu yang bermanfaat. ameen ya robb~

Pagi tadi, ketika berhenti seketika daripada membuat segala kerja yang masih berlambak diatas meja, hari-hari yang begitu sibuk dengan pelbagai program dakwah hinggakan apabila pulang ke rumah, badan pasti direbahkan dulu untuk kembalikan tenaga yang sudah dikerah sehabisnya. Tapi ku bahagia…:)

Duduk muhasabah sendiri di meja pejabat, memikirkan langkah yang bakal ku ambil nanti bersama dengan usaha yang sedang ku lakukan kini. Ada beberapa yang perlu diberi perhatian, bimbang juga sekiranya ada yang terlepas pandang dan tidak mampu untuk seimbangkan semuanya.

Lantas ana teringat perkongsian yang ana curahkan sewaktu bersama dengan adik-adik Pusat Islam Kolej Matrikulasi Perlis dua minggu yang lalu.  Sebelum itu ada seorang adik mesej, katanya mahu datang ke kampus untuk berjumpa dengan ana. 

Daripada mereka yang ramai datang berjumpa dengan ana seorang, baik ana yang seorang ini pergi kesana untuk memudahkan urusan. Aturan Allah, ada seorang sahabat ana yang mahu turut serta dan sudi untuk memandu kereta ke sana. Terima kasih ukhty! (^^,)

Dalam halaqah, ana berikan mereka beberapa helai kertas warna dan meminta mereka menulis nama, jawatan yang dipegang dan kata-kata nasihat pada kertas tersebut. 

Setelah itu ana ambil dan lipat kertas tersebut menjadi sebuah kapal, ana namakan dia sebagai bahtera. Lalu ana katakan kepada mereka, “Baiklah, akak satukan semua kertas ini dan jadikan dia bahtera. Dan siapa dalam kalangan kalian berani kata yang ini adalah dia punya?”, ana angkat bahtera tersebut dan memandang satu persatu wajah yang berada di hadapan.

Tiada siapa pun yang menyahut. Ana senyum. 

Mereka mengerti bahawa bahtera itu terwujud dan terhasil daripada kertas yang punya nama, jawatan dan kata-kata nasihat mereka semua. Jadi, bahtera itu adalah kami punya dan bukannya berkata, “bahtera ini, aku yang punya!”.

“organisasi ini diibaratkan seperti bahtera ini. Setiap orang punya peranan dan kepentingan masing-masing. Kalian semua memandu bahtera ini dengan diketuai oleh ketua kapal. 

Pandangan, cadangan, pemikiran mesti bersatu. Jika ada masalah, solusi itu mesti dicari dan bukan cari salah siapa. Jika ada yang jatuh atau hampir tergelincir dari bahtera ini, kalian semua bertanggungjawab untuk selamatkannya…”.

Tersenyum sendiri apabila teringat semula apa yang kami lakukan semasa halaqah. Tiba-tiba muncul satu ilham, lantas tangan terus mengambil kertas warna. Kertas sama yang ana gunakan untuk membuat bahtera kepada adik-adik Pusat Islam KMP. 

“Aku juga mesti punya bahtera….” bisik hati ana.

Ana lakarkan satu persatu usaha yang sedang ana buat dan perancangan yang mahu ana lakukan dalam masa yang singkat. Iman akan turun naik, ana tahu itu. Begitu juga dengan semangat, ada pasang surutnya. 


Ana suka buat sesuatu yang dapat naikkan semula motivasi diri untuk kekal bersemangat dalam melaksanakan gerak kerja dakwah. Dan ini salah satunya. Selalunya buat bagi memotivasi dan mengingatkan orang lain. Kadang-kala ingatkan diri sendiri dengan buat macam nie pun seronok juga. hehe!

Tidak mudah untuk ana seimbangkan semua ini memandangkan kemampuan ana agak terbatas. Badan yang mudah terasa letih dan kepenatan membuatkan pergerakkan agak perlahan berbanding sebelum ini. Moga-moga Allah permudahkan.


Ana lipat dan jadilah seperti yang dilihat. Kertas nie ana letak atas meja pejabat untuk ingatkan ana bahawa bahtera ini perlu dilayarkan walau sesukar mana sekalipun halangan yang berada dihadapan. Ana tidak tahu apa yang bakal berlaku dihadapan, apa yang ana tahu, ana tetap akan cuba untuk kekal istiqomah. insyaAllah…

Erm…kalau lepas nie ada bahtera seperti ini kat atas meje sapa-sapa, ana tak bertanggungjawab ya…hehe! melawak ja…..;p

“hati yang ingatkan mati akan sentiasa hidup”, bak kata Ustaz Zahazan.

Bahtera ini ku layarkan dilautan dunia,
ombak dan ribut seringkali menyapa,
menguji keutuhan iman disetiap pelayaran,
Mencari bekalan untuk bertemu dengan Tuhan Yang Maha Satu….
wallahua’lam…


“JOM KITA MENGEMBARA LAGI MENCARI BEKALAN KE DESTINASI ABADI…(^^,)”

Jumaat, 2 Mac 2012

Jiwa Besar


“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”

Alhamdulillah Ya Allah atas nikmat Iman, Islam dan Ihsan yang telah Engkau anugerahkan. Selawat dan salam buat kekasih tercinta, Nabi Muhammad s.a.w. dan kaum kerabat Baginda. Tidak lupa jua buat para sahabat dan tabi’in sekalian.

Teringat perbualan lalu.

“asma’, akak nak minta tolong boleh tak?” tanya senior ana.

“InsyaAllah kalau saya mampu. Tolong apa ya kak?” jawab ana.

Lalu dia menceritakan masalah yang dialami kepada ana satu persatu. Lebih kurang begitulah dialog antara kami. Setelah itu ana mengajukan kepada dia satu soalan.

“erm…dalam ramai-ramai sahabat, kenapa saya yang akak pilih untuk bantu akak ya?”

“sebab tadi pengetua sekolah memberitahu sedikit berkaitan perjuangan. Jadi, bila pengetua sebut hal tu, akak terus ingat kat asma’…” jawabnya jujur.

Ana senyum sendiri membaca bait-bait ayat yang ditulis.

Di waktu yang lain pula. Ada seorang sahabat seperjuangan yang sudah tamat belajar telefon ana.

“Erm…asma’, akak telefon nie sebab ada sedikit hajat nak sampaikan. hehe!”

“Oh…hajat apa tu kak?” tanya ana.

“akak baru je balik dari satu program. Lepas dengar penceramah tu cerita macam mana dia bangunkan syarikat nie dan perjuangan dia dan sahabat-sahabat yang lain, akak terus teringat kat asma’. Akak tahu asma’ faham tentang perjuangan, sebab itu akak nak minta tolong dengan asma’…”, jelasnya.

Ana mengukir senyuman.

Lalu dia menyampaikan hajatnya dan ana membantu sekadar yang termampu.

XXXXXXXXXXXXX

Mungkin ada dalam kalangan pembaca terfikir atau terdetik dihati, “mesti seronokkan kalau ada yang ingat kat kita, yang bagi tumpuan dan minta pertolongan kita. Terasa seperti dihargai dan diberi sepenuh kepercayaan untuk melaksanakan amanah tersebut…”.

Jika ada yang terfikir begitu, ana hanya akan senyum sahaja….(^^,)

“Dunia ini bukan kamu sahaja penghuninya, syurga pula bukan kamu sahaja yang berpeluang untuk menjadi penghuninya”.

Kerana itu jika ada program, bengkel, seminar, ceramah atau kuliah. Mesti ana akan sebarkan dan jika ada yang mahu ikutinya, pasti ana akan titipkan pesanan “jangan lupa ajak kawan-kawan dan sebarkan kepada orang lain ya…”.

Ada pula yang menyahut, “tak tahulah diaorang nak pergi atau tak kalau ajak…”

Lalu ana membalas, “cubalah ajak, syurga bukan untuk kita seorang sahaja…”.

Dunia dakwah bukan punya Ustaz Azhar Idrus seorang sahaja yang mampu membawa gelombang dakwah yang besar terhadap muda mudi. Dunia dakwah juga bukan hanya punya Ustazah Siti Nor Bahyah sahaja yang mampu mengupas hal rumah tangga dan isu kekeluargaan.

Jika Prof. Dr. Muhaya selalu berfikir dan berniat setiap hari untuk membuat amal dan kebaikan setiap hari dalam hidup seperti yang diucapkan dalam rancangan ‘ini kisahku’, bukankah sepatutnya kita jua perlu berniat sedemikian?

“pegawai pemasaran dakwah”, bak kata Ustaz Zahiruddin Zabidi dalam artikel beliau yang tersiar dalam IluvIslam.

Setiap dari kalian punya peluang untuk memasarkan pelbagai ‘produk’ dakwah mengikut kepakaran masing-masing. Tidak kira memasarkannya melalui penulisan, lukisan, percakapan, akhlak peribadi, perbuatan, media massa dan apa jua kaedah sekalipun asalkan dakwah dijalankan!

"Sesiapa mengajak kepada kebaikan, maka dirinya mendapat pahala sebanyak orang yang mengikutinya tanpa dikurangkan pahala mereka sedikitpun. Sebaliknya, sesiapa yang mengajak kepada kesesatan, maka dirinya mendapat dosa sebanyak orang yang mengikutinya tanpa dikurangkan dosa mereka sedikitpun."
(Riwayat Muslim, hadis no: 4831)

Dunia dakwah ini punya ruang dan peluang kepada setiap insan yang mahu menyambung risalah Islam yang telah dibawa oleh Baginda s.a.w. dan para sahabat yang lebih dahulu daripada kita. Tinggal kita sahaja samaada mahu berusaha atau meletakkan semua itu dibahu para ustaz atau ustazah.

Ana teringat kata-kata yang dititipkan oleh Brother Kamaruddin Abdullah terhadap anak didik yang mengikuti kelas perbandingan agama beliau ketika mengadakan jamuan khas untuk mereka. Syukur, beliau sudi menjemput ana untuk sertainya sekali walaupun ana tidak pernah belajar di kelasnya.

“kamu mesti punya jiwa besar….” katanya. Kata-kata itu diulang beberapa kali dan ianya menyerap masuk dalam jiwa ana. Terasa bergetar dan segar dengan semangat yang membara untuk maju ke hadapan hatta diuji mehnah dan tribulasi dalam arena dakwah.

Hampir juga ana mengalirkan air mata. Terasa terharu melihat ukhuwah antara mereka. Harapan dan doa yang dibacakan oleh Brother kamaruddin Abdullah untuk para da’ie yang masih muda bagi menyambung perjuangan yang telah beliau mulakan. Moga Allah merahmati usahamu wahai mujahid agama.

Mahu tahu sesuatu? Ana benar-benar rindukan Srikandi ini. Tidak terbendung rasa dihati. 


Maafkan kak ngah dik kerana tidak sempat untuk melihat kamu membesar tiap-tiap hari. Sedih juga dihati apabila kamu menangis saat kak ngah cuba mendudung kamu sewaktu pulang bercuti di rumah. Kata ummi, “dia tak kenal la tu, dah lama tak balik…”.

Tapi tak mengapa kerana kak ngah bersyukur sempat menunggu detik kelahiranmu, menjagamu sehingga umurmu 3 bulan lebih, dan memilih nama untuk mu. Jika kamu baca coretan ini suatu hari nanti dengan izin Allah, “percayalah, kak ngah benar-benar mahu berada bersama dengan keluarga tetapi tuntutan dakwah membuatkan kak ngah masih berada di negeri orang. Begitu juga dengan kakak sulungmu.”

“didiklah dirimu sebaiknya ya. Jadilah srikandi berjiwa HAMBA, sehebat namamu…wahai Amirah Fasihah. Doaku ada buat kamu dan buat seluruh umat Islam.”

Ketika ini, Allah s.w.t. masih mahu ana istiqomah dalam dunia dakwah dengan mengizinkan ana membuat praktikal di Pusat Islam, Universiti Utara Malaysia. Hari-hari diisi dengan majlis ilmu secara tidak langsung dari para ustaz dan ustazah. Berpeluang untuk membantu dan menguruskan beberapa program dakwah.

Perancangan untuk sambung belajar masih cuba diuruskan sebaiknya. Ana tidak tahu apa yang bakal terjadi dimasa hadapan. Tetap jua tidak tahu bagaimana jalan yang bakal ana lalui nanti. Apa yang ana tahu, demi ummah akan ku teruskan langkah. wallahua’lam.


JOM KITA MENGEMBARA LAGI MENCARI BEKALAN KE DESTINASI ABADI…(^^,)