Ahad, 13 Disember 2009

PATUTKAH KITA..?


“Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha mengasihani”
Alhamdulillah…syukur ke hadrat ilahi atas nikmat iman & Islam yang telah dikurniakan. Selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. dan kaum kerabat baginda yang dicintai, juga kepada para sahabat dan anbiya’ yang dirindui.
Ana ingin berkongsi satu kisah bersama pembaca, ini adalah kisah benar dan bukan rekaan, Cuma ana terlupa samaada terdengar sahabat bercerita @ membaca luahan peribadi dari blog orang lain. Ana olahkannya untuk memudahkan pembaca memahami motifnya.
XXXXXXXXX
Keadaan hingit bingit dan penuh sesak waktu itu dengan para pelajar yang sibuk menuju ke kelas masing-masing. Itulah keadaan yang berlaku setiap kali waktu kuliah, masing-masing sibuk menjalankan tanggungjawab sebagai pelajar dalam menuntut ilmu.
Tiba di satu kelas, keadaan seakan-akan kecoh dengan suara yang datang dari berbagai arah sambil tangan sibuk mencari sesuatu dalam beg. Pelajar perempuan yang “free hair” sibuk memakai dan membetulkan tudung masing-masing sebelum masuk ke kelas yang akan bermula sebentar lagi.
“aduuhhh…macam mana nak pakai nie..“rungut seorang pelajar perempuan sambil tangannya yang sekejap-kejap membetulkan tudung yang dipakainya.
Berdekatan disatu sudut denggan pelajar tersebut, kelihatan sekelompok muslimat bertudung labuh yang asyik memandang pelajar perempuan tadi sambil ketawa kecil melihat telatahnya yang seakan-akan budak kecil yang baru belajar memakai tudung.
Pelajar perempuan tersebut tunduk malu memandang ke lantai, sedih diketawakan begitu. Air matanya bergenang dan menunggu masa sahaja untuk mengalir keluar.
Sebenarnya, pensyarah kelas tersebut sudah memberi amaran kepada pelajar perempuan yang “free hair” pada kelas yang lepas supaya memakai tudung sekiranya tidak mahu dihalau keluar dari mengikuti kelasnya. Disebabkan takut dihalau keluar, beberapa pelajar perempuan yang “free hair” memakai tudung dalam kelasnya dan akan menanggalkannya apabila kelas tamat.
Jauh disatu sudut, kelihatan ada seorang pelajar yang memerhati dari jauh keadaan pelajar perempuan tadi dan segera mendekatinya untuk membantu memakaikan tudung dengan betul.
“mari saya tolong awak pakaikan tudung tu..”katanya sambil mengambil tudung dan meletakkan di kepala pelajar perempuan tersebut.
“terima kasih ye…terasa malu sangat bila diorang gelakkan saya, tadi dah rasa macam nak bersumpah tak nak pakai tudung” kata pelajar perempuan tersebut.
“jangan la macam tu, pakai tudung kena ikhlas kerana Allah bukan kerana sapa-sapa…tak semestinya orang bertudung labuh macam tu hatinya ikhlas. Dah la, jom kita masuk..kelas dah nak mula” katanya sambil menarik tangan pelajar perempuan tersebut.
XXXXXXXXXXXXXXXXXX
Renung dan lihat la sahabat-sahabatku…
adakah kita patut memandang hina kepada mereka hanya kerana mereka tidak mematuhi perintah Allah supaya menutup aurat? Suci sangatkah diri kita? Bukankah kita patut mendekati dan mengajak mereka dengan hikmah supaya mereka juga dapat mengikut syariat yang sebenarnya?
Bagaimana pula kiranya pelajar perempuan tersebut bersumpah dan nekad untuk tidak memakai tudung buat selama-lamanya? Tidak terasakah tempias dosa tersebut terkena pada kita?
Tidak takutkah kita kiranya Allah s.w.t. menterbalikkan keadaan tersebut, kita menjadi seperti mereka dan mereka menjadi seperti kita? Hidayah itu milik Allah, dan bukan hak kita untuk menghukum mereka yang tidak sefikrah dan sealiran dengan kita….
“Serulah manusia ke jalan tuhanmu dengan hikmah dan nasihat yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang lebih baik…”
(an-nahl:12

Sebaliknya, bantulah mereka dengan penuh kelembutan, kesabaran dan hikmah supaya mereka juga merasai “ halawatul iman” …
Renungkanlah…Duhai da’ie sekalian…
“ sesungguhnya Allah tidak melihat tubuh badan dan rupa parasmu tetapi dia melihat kepada hati-hati kamu”
-Hadis riwayat Muslim-

 JOM KITA MENGEMBARA LAGI MENCARI BEKALAN KE DESTINASI ABADI..(^_^)
blog comments powered by Disqus