Khamis, 26 Ogos 2010

Senyum Seindah Suria…(^_^), Part 3


“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”
Alhamdulillah Ya Allah…diri ini semakin tenang menusuri kehidupan di dunia ini,juga semakin dilamun cinta dengan Mu. Selawat dan salam buat idola hatiku, Nabi Muhammad s.a.w. dan kaum kerabat Baginda. Tidak lupa jua buat para sahabat dan tabi’in sekalian.
Ana membaca kembali coretan perjalanan bersama dengan anak-anak yatim dalam artikel yang lepas. Sebenarnya terlalu banyak ingin dicoretkan, bukan sahaja apa yg dilihat dari luaran tapi juga apa yang dalaman ini rasakan.
Masih terbayang wajah-wajah mereka. Apa agaknya yang sedang mereka lakukan ye…? Hurmmm…………
Masih tergiang-giang gelak tawa dan tangisan mereka. Ku berdoa moga mereka dapat menempuh kehidupan ini dengan setabahnya. Kita yang hanya melihat dan mendengar luahan hati mereka mungkin mudah memberi kata nasihat dan dorongan tetapi bagi mereka yang melaluinya, mungkin agak sukar untuk melangkah.
Apa pun, ana mahu menyelesaikan coretan ini dengan sedikit perkongsian tentang apa yang ana belajar dari anak-anak yatim ini secara tidak langsung. Tangisan mereka terselindung disebalik gelak tawa mereka. Kesedihan yang melanda terselindung disebalik senyuman mereka…
Ya Allah…ku pinta pada Mu, jagalah mereka dengan sebaiknya. Kuatkanlah Iman mereka untuk melaluinya…kerna hanya Engkaulah sebaik-baik penjaga…ameen…

Rabu, 25 Ogos 2010

Senyum Seindah Suria….(^_^), Part 2




“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”
Alhamdulillah Ya Allah kerna masih memberi kesempatan kepada Hamba ini untuk terus rukuk dan sujud kepada Mu. Selawat dan salam buat kekasih tercinta yang amat diri ini rindui, Nabi Muhammad s.a.w. dan kaum kerabat Baginda. Tidak lupa jua buat para sahabat dan tabi’in sekalian.
Alhamdulillah, akhirnya punya kesempatan jua. Jam sudah menunjukkan pukul 3 pagi lebih namun mata ini tidak mahu lelap. Mungkin kerna sudah banyak tidur dan rest hari ini. Agak kurang sihat, badan tidak berapa selesa. Mungkin juga untuk menghapus dosa-dosa ku dan memberi badan ini rehat selepas dikerah tenaga sehabisnya.
Waktu yang agak kritikal, maklumlah minggu depan hampir kesemua kampus akan bercuti. Jadi, tugasan, kuiz dan exam pertengahan semester mula datang bertalu-talu menunggu giliran untuk disiapkan. Diri ini juga tidak terkecuali menghadapinya.
Apa pun, niat untuk menyambung semula pengalaman ana bersama dengan anak-anak yatim mahu juga diteruskan selepas tertangguh beberapa kali untuk menulisnya. insyaAllah…

Sabtu, 21 Ogos 2010

Senyum Seindah Suria…(^_^), Part 1


“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”
Alhamdulillah Ya Allah kerna masih memberi peluang kepada hamba yang kerdil lagi hina ini untuk terus menerus beribadat kepada Mu. Selawat dan salam buat kekasih tercinta yang amat-amat diri ini rindui. Tidak lupa jua buat para sahabat dan tabi’in sekalian…
Alhamdulillah…program “Senyum Seindah Suria (3S)” bersama dengan anak-anak yatim anjuran Kelab Pentadbiran Muamalat melabuhkan tirainya pagi tadi. Agak sedih kerna tidak dapat menghantar adik-adik kembali ke asrama tempat mereka tinggal. Ana korbankan perasaan sebak dan sedih untuk berpisah dengan mereka demi sebuah ilmu. Moga ku dapat bersua lagi dengan mereka…ameen Ya Robb…
Ana mahu coretkan dalam “diari” Kembara Sufi Di Bumi Tuhan ini sebagai kenangan terindah dalam hidup ana. Masih teringat saat kali pertama memandang wajah mereka dari jauh. Akhirnya ku palingkan muka ke tempat lain, perasaan sebak dihati tiba-tiba sahaja menjelma. Terus ku teringatkan kekasih tercinta, Nabi Muhammad s.a.w…….
Mereka masih kecil dan terlalu muda untuk diuji dengan sebegini hebat. Ya Allah…tabahkan hati mereka, kuatkan hati mereka, tunjukkan mereka jalan yang lurus dan tempatkanlah mereka dalam kalangan yang sentiasa dekat dengan Mu…ameen…
Alhamdulillah Ya Allah…akhirnya doa ku dimakbulkan… ana sudah lama berdoa moga diberi peluang untuk bersama dengan anak-anak yatim. Sejak menuntut di Matrikulasi lagi. Waktu itu ada sahabat yang mengkhabarkan kepada ana bahawa Pusat Islam ada membuat kunjungan ke rumah anak yatim tetapi berita itu sampai agak lewat kepada ana.
Alhamdulillah…peluang itu datang lagi. Malah diberi kepercayaan dan amanah oleh pengarah projek untuk ana menguruskan pengisian dan aktiviti yang bakal dijalankan iaitu sesi icebreaking, motivasi dan muhasabah diri. Amanah ini agak berat bagi ana kerna inilah kali pertama ana bersama dengan anak-anak yatim.
Seperti pengisian atau program yang lain, sebelum sesuatu modul direka atau dicipta. Ana akan kumpul segala maklumat dan analisis supaya bersesuaian dengan tahap mereka yang mengikutinya.

Khamis, 19 Ogos 2010

Jagalah Wahai Saudara SeIslam ku…..


“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”
Alhamdulillah Ya Allah kerna masih memberi peluang kepada diri ini untuk terus dekat dan beribadat kepada Mu sebagai Hamba. Selawat dan salam buat kekasih tercinta yang sentiasa diri ini rindui, Nabi Muhammad s.a.w. dan kaum kerabat Baginda. Tidak lupa jua buat para sahabat dan tabi’in sekalian.
Alhamdulillah masih berada dalam bulan yang penuh barakah ini. Moga segala amalan yang telah kita lakukan hingga kini diterima olehNya…ameen..
Ada sedikit perkongsian yang ingin ana kongsikan bersama pembaca sekalian sepanjang pengembaraan ana semalam. Masih terkenang apa yang ku lihat semalam dan hanya mampu menggelengkan kepala disamping hati berdoa moga dia sedar akan perbuatannya…insyaAllah ameen..
Ayuh kita saling muhasabah dan ingat-memperingatkan antara satu sama lain. Moga ianya menjadi iktibar buat kita bersama untuk lebih menjaga kesucian Islam…

Ahad, 15 Ogos 2010

Damai Bersama Mu…(^_^)


“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”
Alhamdulillah Ya Allah kerna masih memberi diri ini peluang untuk terus rukuk dan sujud kepada Mu. Selawat dan salam buat kekasih tercinta yang amat diri ini rindui, Nabi Muhammad s.a.w. dan kaum kerabat Baginda. Tidak lupa jua buat para sahabat dan tabi’in sekalian.
Alhamdulillah…akhirnya jari ini menari-nari jua diatas keyboard laptop. Punya tujuan untuk mencoret kisah perjalanan hidup ku dalam “diari”  Kembara Sufi Di Bumi Tuhan ini untuk berkongsi dengan para pembaca sekalian…insyaAllah..
Alhamdulilah Ya Allah....ku tersenyum sendiri mengenangkan dugaan yang datang bertali arus hari ini....thanks Allah kerna memilih diriku untuk menerimanya....^_^

Ya…ku berterima kasih padaNya kerna memilih diri ini. Rasa sakit kepala sedikit berkurang bila bibir ku mula menyebut namaNya… terasa hati ini damai dan dekat denganNya…subhanallah…

Rabu, 11 Ogos 2010

Tetamu Yang Dirindui…(“,)


“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”
Alhamdulillah Ya Allah kerna masih mengurniakan nikmat Iman dan Islam ini dalam jiwaku juga diberi peluang untuk terus rukuk dan sujud kepada Mu. Selawat dan salam buat kekasih tercinta yang amat-amat diri ini rindui, Nabi Muhammad s.a.w. dan kaum kerabat Baginda. Tidak lupa jua buat para sahabat dan tabi’in sekalian.
Alhamdulillah, akhirnya Allah s.w.t. memberi keizinan untuk jari ini menari-nari atas papan keyboard laptop. Keinginan untuk menulis sering kali datang bertamu namun jiwa dan hatiku tidak turut serta. Jadi, ku biarkan sahaja “diari” ini sunyi tanpa artikel terbaru.
Bukan kerna tidak mahu diupdate, tapi ku mahu jiwaku suci dan ikhlas tika menulisnya supaya ianya mampu mengetuk hati-hati insan lain yang membaca coretan ku ini. insyaAllah ameen…
Ana lihat, ramai sahabat-sahabat blogger mengupdate blog mereka dengan ucapan atau tazkirah sempena bulan Ramadhan ini. Oleh itu, ana juga tidak mahu ketinggalan untuk melakukan hal yang sama tapi pengisian yang berbeza. Supaya hati ini juga diperingatkan sebelum memberi peringatan kepada orang lain.
Alhamdulillah, dapat juga ana sempurnakan puasa pada hari ini. Di serang gasrik secara tiba-tiba, makin ku tahan makin kuat pula sakit yang terasa. Meronta-ronta minta ku “suap” sesuatu barangkali. Duduk tak kena, berdiri lagi tak kena. Mahu tidur takut membazirkan masa yang sukar diganti ini.
Akhirnya ku alihkan minda “sakit” ini dengan membaca majalah solusi yang terbaru. Tertarik dengan kata-kata pada kulit muka depannya.
“Berdoa bukan untuk memberitahu Allah apa yang kita pinta, kerna tanpa diberitahu pun Allah sedia mengetahui. Doa ialah pengabdian daripada seorang hamba kepada Tuhannya”
Benar sekali, namun baru kini ku terfikir tentangnya kerna Allah itu Maha Mendengar. Hatta sejuta atau sebilion orang yang ada atas bumi ini berdoa atau merintih dan mengadu kepadaNYA, Allah tetap Maha Mendengar. Subhanallah…Agung dan hebatnya pencipta kita ini.

Ahad, 8 Ogos 2010

Travelog Mahabbah (USM) Part 2


“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”
Alhamdulillah Ya Allah kerna masih memberi peluang kepada hamba yang kerdil lagi hina ini untuk terus rukuk dan sujud kepada Mu. Selawat dan salam buat kekasih tercinta yang sentiasa dirindui, Nabi Muhammad s.a.w. dan kaum kerabat Baginda. Tidak lupa jua buat para sahabat dan tabi’in sekalian.
Alhamdulillah…masih punya kesempatan untuk menulis. Banyak perkara yang berlaku beberapa hari ini. InsyaAllah mampu dihadapinya. Ana ingin menyambung semula catatan pengembaraan ana di hari kedua ana di USM sewaktu hari konvokesyen kakak tersayang ana.
Masih segar diingatan ana kala itu. Waktu itu kakak ana dan teman sebiliknya sibuk memakai jubah konvokesyen. Ana dengar sahajalah diorang bercakap, dari hari semalam lagi mereka menyatakan susah untuk mengosok jubah tersebut. Bila diorang pakai, macam tak kena cara pula.
Kakak ana pun cakap, “nie yang tak mau konvo, susah benar nak pakai jubah nie”. Mak teman rakan sebiliknya pun menjawab kata-kata kakak ana, “sabarlah sikit, bukan mudah untuk pakai jubah nie..sudah tiga tahun menunggu dan hari itu tiba pada hari nie…”
Ana pun menyampuk, “kan dah kena, hehe….” Kakak dan teman sebiliknya pun gelak. Jujur bagitahu, memang susah nak pakai jubah tu. Kena pin sana sini, nak tergelak jugak bila teman sebilik kakak ana bagitahu. “kinah, kalu nak gi tandas…dengan jubah-jubah nie sekali kena angkut..hehe..” Mana tidaknya, sudah di pin jubah tu pada baju yang entah berapa banyak sampai topi pun di pin.
Kalut jugak pagi tu sebab abah dan umie dah sampai awal lagi kat USM dan nak jumpa dengan anak kesayangannya sedangkan kakak tengah “berjuang” untuk pakai jubahnya..hehe..
Alhamdulillah…akhirnya berkat kesabaran, semuanya selesai. Sebelum kakak ana masuk ke dewan untuk menerima ijazahnya. Kami sempat bergambar untuk dijadikan kenangan. Gambar ini ana masukkan untuk tatapan buat adik-adik ana yang tidak dapat bersama kami.

Jumaat, 6 Ogos 2010

Travelog Mahabbah (USM) Part 1


“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”
Alhamdulillah Ya Allah kerna masih memberi peluang kepada hamba Mu ini untuk terus rukuk dan sujud kepada Mu. Selawat dan salam buat kekasih tercinta yang amat-amat diri ini rindui, Nabi Muhammad s.a.w. dan kaum kerabat Baginda. Tidak lupa jua buat para sahabat dan tabi’in sekalian.
Alhamdulillah…ana selamat sampai ke UUM sekitar jam 12 tengahari. Keletihan masih terasa, nak demam pun ada. Maklumlah, sehari sebelum ke USM ana hanya tidur 3 jam sahaja. Dah balik nie, petang pula kerja. Alhamdulillah, Allah bagi kerehatan buat diri ini walaupun seketika.
Tidak dapat digambarkan perasaan ini. Tenang, gembira, sebak dan seangkatan dengannya bergabung menjadi satu perasaan yang sukar diluahkan melalui kata-kata. Pengembaraan ana ke USM memberi sejuta makna untuk diukir dalam kisah perjalanan hidup ana sebagai hamba Allah s.w.t.
Banyak perkara yang bermain di fikiran ana kala ini. Kenangan yang baru sahaja berlalu masih segar di minda. Ana mahu coretkan Travelog Mahabbah ana ke USM dalam “diari” Kembara Sufi Di Bumi Tuhan ini supaya di masa hadapan ingatan ana pada pengembaraan ini akan tetap segar. Juga menjadi tatapan buat sahabat-sahabat dan kaum kerabat ana di masa depan. insyaAllah….(“,)

Rabu, 4 Ogos 2010

Selamat Hari Lahir Kakakku sayang…(^_^)


“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”
Alhamdulillah Ya Allah kerna masih memberi peluang kepada hamba ini untuk terus rukuk dan sujud kepada Mu. Selawat dan salam buat idola hidupku yang sentiasa dicintai, Nabi Muhammad s.a.w. dan kaum kerabat Baginda. Tidak lupa jua buat para sahabat dan tabi’in sekalian.
Catatan kali nie adalah yang teristimewa buat kakak sulung ana. Insan yang paling banyak berkongsi kisah suka dan duka bersama ana sejak dari kami kecil lagi. Jika dilihat gambar kami yang masih kecil, mungkin masing-masing ingat kami nie adalah kembar. Mana tidaknya, pakaian kami sama, potongan rambut, barang-barang permainan dan sebagainya. Semuanya sama….(“,)
Tambahan pula kami selalu berdua, kemana-mana pasti berdua hingga belajar di sekolah juga yang sama. Di mana ada kakak ana, di situ ada ana. Jarak umur ana dan kakak, satu tahun sahaja. Kami sekeluarga memanggilnya dengan gelaran “kakak”. Sungguh pantas masa berlalu, kini umur kami berdua sudah pun masuk 20-an. Masih teringat masa kecik-kecik dulu, selalu bergaduh. Ada sahaja yang tidak kena antara kami berdua..hehe..
Terlalu banyak kisah yang kami lalui bersama, banyak berkongsi cerita. Walaupun seringkali bergaduh, kasih sayang antara kami tidak pernah kurang sebab kakak ana nie selalu doakan ana dalam diam dan juga lakukan yang terbaik untuk ana dalam diam. Cuma ana je yang selalu cemburu dengannya…ish..teruk betul ana kan..hehe..
Alhamdulillah…akhirnya kami mengukir perjalanan hidup kami sendiri, kakak ana melanjutkan pelajaran ke Kolej Matrikulasi Perak dan seterusnya menyambut pelajaran ke Universiti Sains Malaysia dalam bidang Fizik perubatan dan kini sedang menyambung master dalam bidang dan universiti yang sama.

Ahad, 1 Ogos 2010

Ya Allah…aku malu sendiri…



“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”
Alhamdulillah Ya Allah kerna masih memberi peluang kepada hamba yang hina lagi kerdil ini untuk terus rukuk dan sujud kepada Mu. Selawat dan salam buat kekasih tercinta yang sentiasa dirindui, Nabi Muhammad s.a.w. dan kaum kerabat Baginda. Tidak lupa jua buat para sahabat dan tabi’in sekalian.
Alhamdulillah…akhirnya punya ruang dan kesempatan untuk menulis. Beberapa hari yang lalu, Pusat Islam menganjurkan Kursus Pendakwah Muda kepada Fasilitator Pusat Islam sesi 2010/2011 serta penyertaannya dibuka kepada umum yang berminat untuk menyertainya.
Banyak perkara yang bermain di minda sebaik sahaja Kursus siri 1 ini melabuhkan tirainya…hati ini berbisik lagi… “aahh..terkena lagi, malunya aku Ya Allah…”
Jiwa, Iman, hati juga mindaku dibasuh bukan sahaja dengan “sabun” malah juga dibasuh dengan “pembasmi kuman”. Terasa makin tenang saat meneruskan pengembaraan. Malah air mata ini juga hampir-hampir mengalir di pipi di kala itu. Bergetar hati ini saat coretan sejarah perjalanan kekasih hati yang amat ku rindui keluar dari mulut yang memberi ceramah.
Mahu sahaja ku tutup telinga dan bangun melangkah keluar dari dewan. Tidak sanggup untuk ku mendengar lagi kisah kekasih yang amat ku cintai ini dicaci, dimaki dan dihina. Benar…ku sudah tidak sanggup lagi mendengarnya…