Isnin, 31 Mei 2010

Monolog Hatiku…


“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”
Ya Allah…….
Diri ini malu mengatakan cinta pada Mu,
Teramat malu….
Saat ku terpandang wajah para syuhadah,
Saat melihat runtuhan bangunan,
Saat melihat kanak-kanak merintih dan menangis,
Saat melihat orang ramai mengerang kesakitan…..
Diri ini hanya mampu memandang dari jauh…..

Lemahnya diri ini Ya Allah…
Di kala kami merasa aman dan selasa serta tenang memandang langit,
Saudaraku disana merasa ketakutan sepanjang hari dengan dihujani peluru…

Di kala kami merasa jemu dengan makanan yang sama setiap hari,
Saudaraku disana terpaksa menahan lapar dan dahaga…

Di kala kami tidur dengan aman dan selesa di rumah,
Saudaraku disana terpaksa menahan kesejukan malam di bawah runtuhan bangunan…

Di kala kami mengejar cita-cita untuk berjaya dihadapan kelak,
Saudaraku disana tertanya-tanya adakah mereka masih punya masa hadapan…

Di kala kami kebosanan melalui kehidupan yang sama setiap hari,
Saudaraku disana masih mengharap masih punya sirna untuk bangun pada keesokan harinya…

Malunya Ya Allah kepada mereka, apakah yang akan ku jawab tika ditanya di padang Masyar nanti???
Kerana diri ini hanya mampu menonton penderitaan mereka hanya di kaca televisyen, juga hanya mampu berdoa supaya mereka terus kuat, tabah, dan sabar dalam menghadapi dugaan yang telah ditetapkan olehNYA..

Ahad, 30 Mei 2010

Secangkir Teh Pengubat Letih


“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”
Alhamdulillah Ya Allah..kerna punya kesempatan untuk terus menghirup udara Mu juga punya waktu untuk terus menulis. Selawat dan salam buat idola hatiku, Nabi Muhammad s.a.w. dan kaum kerabat Baginda. Tidak lupa jua buat para sahabat dan tabi’in sekalian.
Ana baru sahaja habis membaca buku hasil karangan Ustaz Hasrizal Abdul Jamil iaitu “Secangkir Teh Pengubat Letih”. Ana sememangnya meminati semua buku hasil tulisannya, penuh dengan ilmu serta membuka minda ana untuk terus berfikir ke hadapan. Ini sinopsisi yang tertulis di belakang buku tersebut.
“Sebuah buku yang merakam catatan kembara Abu Saif di bumi Khilafah Othmaniyyah, pada mengenal hati budi kenalan dan teman, yang sudah lama berkongsi persaudaraan atau yang disapa di pinggir jalanan. Semua itu adalah cara Allah mendidik untuk melihat Islam dengan penuh yakin, bahawa sehitam mana pun gelapnya malam, sentiasa ada kunang-kunang meminjamkan cahaya, bekal menanti sirnanya gelita, hingga terbit fajar janji_NYA”
Catatan kembaranya itu menceritakan jatuh bangunnya bumi Khilafah Othmaniyyah hingga membawanya begitu tenang bila berada di sana. Tambahan pula, beliau mengkaji sejarah berkaitan Khilafah Othmaniyyah. Begitu banyak pengajaran juga pedoman yang boleh diambil dari buku ini.
Jujur ana katakan, tulisannya samaada dalam blognya sendiri juga buku hasil tulisannya banyak mengajar ana untuk menulis. Menjadi salah seorang Murobbi ana secara tidak langsung. Bagi sahabat-sahabat yang belum memiliki buku ini, ana sarankan untuk membelinya. Baca dan renungkanlah apa yang beliau ingin sampaikan.
~Selamat Membaca…(“,)~

Keseronokan Memberi…


“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”
Alhamdulillah….syukur ku panjatkan kepada Yang Maha Esa kerna masih memberi peluang kepada diri ini untuk terus rukuk dan sujud kepadaNya. Selawat dan salam buat kekasih tercinta, Nabi Muhammad s.a.w. dan kaum kerabat Baginda. Tidak lupa jua buat para sahabat dan tabi’in sekalian.
Badan agak kurang sihat semalam, selsema. Namun, Alhamdulillah kerna Allah s.w.t. kurniakan ilham kepada hamba ini untuk menulis dan berkongsi ilmu kepada sahabat pembaca sekalian…Alhamdulillah….(^_^)
Pagi semalam, masa kami sekeluarga diisi dengan mendengar tazkirah dari siaran “tanyalah ustaz” yang disiarkan di TV9. Tajuknya amat menarik minat ana untuk turut sama mengulasnya iaitu “keseronokan memberi”.
Kata ustaz, memberi bukan sahaja dari segi kewangan malah memberi juga boleh ditunjukkan dengan memberi senyuman, bantuan, tenaga, dan yang seangkatan dengannya. Semua itu akan diberi ganjaran pahala sekiranya disusuli dengan niat yang ikhlas kerna Allah s.w.t…insyaAllah..
XXXXXXXXXXXX
Yang lebih menarik minat ana adalah bilamana ada yang bertanya kepada ustaz tentang situasi sahabatnya iaitu tidak punya waktu atau masa untuk memberi. Lantas ustaz kemukakan satu hadis yang menggambarkan bahawa tidak punya waktu itu ada kaitan dengan iman yang dimiliki oleh seseorang.
Masakan tidak begitu, Rasulullah s.aw. yang jauh lebih sibuk sebagai seorang Rasul, panglima perang, pentadbir negara Islam Madinah, Imam, pemimpin rumah tangga dan sebagainya. Namun, Bagindalah yang banyak mengingati Allah s.w.t. jua yang begitu banyak memberi kepada umatnya.
Di ajak beri sedekah, katanya ada benda lain lagi yang ingin dibeli. Di jemput ke majlis ilmu, katanya perlu waktu untuk menyiapkan tugasan. Di undang untuk membantu insan yang memerlukan, dikatanya badan kepenatan dan perlukan rehat. Fikirkanlah…
Diberikan juga perumpamaan sebagai pakaian yang diletakkan dalam sebuah beg tika mahu bermusafir ke tempat yang jauh dan perlu membawa bekalan pakaian sepanjang musafir. Beberapa helai baju dimasukkan dalam beg dan saat ingin menutupnya, ia tidak dilakukan kerana tidak muat, padat dan sendat sedangkan semua baju itu diperlukan sewaktu bermusafir nanti.
Namun, sekiranya kita mengeluarkan semua baju yang dimasukkan dalam beg tadi dan melipatnya dengan cara yang betul untuk memaksimumkan ruang yang ada. Ternyata, baju tadi muat dalam beg tersebut hingga masih punya ruang untuk mengisi keperluan lain.
Masa yang diberikan kepada tiap orang sama sahaja, tidak lebih atau kurang dari 24 jam dalam satu hari. Bagi mereka yang tidak menghargai masa didunia dengan memenuhinya dengan amal ibadat kepada Allah s.w.t., amat rugilah diakhirat kelak. Kerana kita tidak mungkin akan kembali ke dunia setelah “bertemu” denganNYA.
“Demi masa. Sungguh, manusia berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran”
(surah Al-Asr, ayat 1-3)
XXXXXXXXXXXX
Pengalaman ana, memberi adalah sesuatu yang amat menyeronokkan. Tak tergambar dek kata-kata, hanya insan yang mengalaminya sahaja dapat merasai kemanisannya. Diri ini masih bergelar pelajar, tidak punya wang yang cukup untuk memberi kepada mereka yang memerlukan bagi meringankan beban mereka.
Namun, diri ini punya tenaga juga waktu untuk dicurahkan kepada mereka yang memerlukan bantuan. Ana tidak sanggup hanya berpeluk tubuh melihat maksiat demi maksiat dilakukan didepan mata mahupun dikaca televisyen. Malu untuk berdepan dengan Rasulullah s.a.w. dan para sahabat sekiranya tidak mampu memberikan apa-apa pada ummah.
Biarlah saat ada insan sudah bergembira kerana dapat berjumpa semula dengan keluarga tercinta setelah sekian lama tidak pulang ke kampung halaman, ana dan sahabat-sahabat yang lain masih setia bersama insan yang memerlukan untuk diketuk pintu hatinya supaya sedar Islam adalah kehidupan yang sempurna.
Biarlah saat ada insan yang senang hati kerana punya banyak wang untuk berbelanja dengan membeli barang mengikut kehendak hatinya juga kenyang dengan makan mengikut hawa nafsunya, ana dan sahabat-sahabat berpuasa juga makan bila terasa lapar kerana mahu berjimat cermat untuk menggunakan wang bagi aktiviti gerakan Islam.
Biarlah saat ada insan lain menghabiskan masa dengan keluar ke tempat-tempat hiburan untuk bersukaria serta menonton wayang dan video pada malam hari, ana dan sahabat-sahabat lain berpenat lelah merancang aktivit mengajak yang ma’ruf dan mencegah yang mungkar serta bersengkang mata juga mengurangkan masa tidur dan bersosial untuk melaksanakannya.
Teringat ana pada tulisan Ustaz Hasrizal Abdul Jamil dalam bukunya “Secakir Teh, Pengubat Letih”.
“Maafkan Abi wahai anak-anakku, andai ketika anak-anak orang lain girang di padang permainan, tasik dan taman di hujung minggu, gelanggang riangmu hanyalah di celah-celah kerusi dewan dan meja program. Moga kalian membesar sebagai pejuang kerana seseungguhnya Abi mahu kalian hayati, bahawa ERTI HIDUP….PADA MEMBERI!”
XXXXXXXXXXXX
Kagum dengan seorang sahabat ana nie. Saat itu ana sedang mengulang kaji pelajaran, masa yang ada begitu dihargai bagi seorang da’ie.
Dia mesej ana, tanya… “ukhty, hari nie ada apa-apa program tak?”
Ana pelik, jadi balas mesejnya juga dengan soalan. “ada program apa hari nie?”
Dia membalas kembali. “program apa-apalah, meting ke, ceramah, kuliah, pengajian kitab atau apa-apa sahaja…”
Ana jadi bertambah pelik, “hari nie tak de apa-apa program, ana pun tengah study sekarang..kenapa tanya nie?”
Akhirnya ana tahu jawapannya selepas dia membalas mesej ana, “entahlah, selalunya hari ana terisi dengan semua tu..hari nie terasa kosong pulak..tak pelah ukhty..”
Subhanallah…ana memang tahu, masanya memang terisi dengan semua itu. Mengalahkan perdana menteri. Hidupnya penuh dengan aktiviti untuk dekat dengan Allah s.w.t., mindanya sentiasa mengatur langkah untuk mengislahkan kampus, tiada erti penat lelah dalam hidupnya hatta diminta sahabat-sahabat supaya duduk sebentar untuk berehat.
Walau satu hari sahaja tiada apa yang perlu diberikan kepada Islam, hidupnya terasa kosong..itulah keseronokan dalam memberi…sahabat-sahabat sekalian bagaimana pula??? Fikir-fikirkan…..
Wassalam….(^_^)
JOM KITA MENGEMBARA LAGI MENCARI BEKALAN KE DESTINASI ABADI..(“,)

Khamis, 27 Mei 2010

Mencari “Damai” Yang Hilang


“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”
Alhamdulillah Ya Allah…diri ini bersyukur kepada Mu atas nikmat iman dan Islam yang telah Engkau kurniakan kepada hamba ini. Selawat dan salam kepada idola hatiku, Nabi Muhammad s.a.w. dan kaum kerabat Baginda. Tidak lupa juga buat para sahabat dan tabi’in sekalian.
Diri ini melangkah ke “tempat rahsia” pagi tadi, keseorangan mencari damai yang hilang. Entah kenapa, terasa damai tika berada di sana. Jadi, ana dapat ilham untuk menulis artikel kali nie…Alhamdulillah… selamat membaca…(^_^)
XXXXXXXXXXXX
Aisyah, ana off handfone enti ye? ,“tanya roommate ku, Iman sambil telefon ku diambilnya.
“kenapa nak off kan?” soalannya ku jawab dengan persoalan.
“enti perlukan rehat, entikan tak sihat…ana tahu, handfone nie tak kan berhenti berbunyi. Sebab tu ana nak off kan, takut ganggu enti nak rehat...” terang Iman.
“syukran atas keprihatinan mu sahabat, tapi ana tak sanggup nak matikan taliannya. Manalah tahu sekiranya ada sahabat memerlukan ana. tak pe…perlahankan saja bunyinya”, jawabku pula.
“hurm..baiklah..kalau ada apa-apa, panggil je ana ye…” kata Iman sambil membetulkan selimutku.
“ye…insyaAllah…terima kasih ye sahabat..”, balasku, syukur punya sahabat sepertinya.
Tidak lama kemudian, nada dering semarak perjuangan kedengaran. Aku terjaga dari tidur, terasa berat sekali kepala nie. ku pandang sekeliling, Iman tiada dalam bilik. Ke bilik air barangkali…Lantas ku ambil handafone ku.
Assalamualaikum…ye Hidayah?”, kataku.
“Walaikummussalam…ukhty, maaf ganggu. Tapi ada hal penting yang ingin dikhabarkan, penasihat nak buat meting dengan semua barisan kepimpinan. Katanya ada sesuatu yang penting ingin dibincangkan”, jawab Hidayah dengan panjang lebar.
“erm..kat mana, pukul berapa?”tanyaku pula.
“kat bilik gerakan, sekarang..”ringkas dan padat jawapannya.
“baik, bagi ana masa 10 minit. Ana bersiap dulu ye..” pintaku.
“baik ukhty, ana nak bagitahu yang lain pula..assalamualaikum..” talian terus dimatikan tanpa sempat ku menjawab salamnya.
Kepalaku masih terasa berat, namun ku gagahkan juga. Terus ku pakaikan hijab, bersiap untuk ke bilik gerakan. Kedengaran pintu bilik terbuka, muncul Iman disebalik pintu tersebut.
“eh..ukhty, nak ke mana? Kan ukhty demam lagi…”tanya Iman kehairanan.
“erm..ana ada hal penting, penasihat nak jumpa semua. Nak tak nak, kena pergi jugak..” ku berlalu ke meja tulis, mengambil buku dan pen untuk catatan.
“Tapikan ukhty masih dee…” tak sempat Iman menghabiskan kata-katanya.
“ana dah rasa okey sikit lepas tidur kejap tadi, ana gi dulu ye ukhty…assalamualaikum..”. senyumku padanya sambil melangkah keluar dari bilik.
XXXXX
Kepala ku terasa makin berat, mungkin selepas mendengar segala masalah yang dikhabarkan oleh penasihat. Terasa mahu rebah disitu.
“Aisyah, okey ke tak nie? Muka pucat je..”tanya kak Yana sambil memegang bahuku.
“erm..tak ada apa-apa, demam sikit je..”, ku duduk dibangku berhadapan bilik gerakan. Tak larat rasanya hendak berdiri.
“laa..kenapa tak bagitahu demam. Keras betul jiwamu, masih tak berubah dari dulu…dah makan ubat ke belum nie..?”, bebel Kak Yana sambil tangannya memicit kepalaku.
“he..he..amanah kak..insyaAllah, selagi kaki ini mampu melangkah..ia akan teruskan jihad…hurm..dah makan ubat tadi, tapi rasanya diri ini perlukan ubat yang lebih berkesan” kataku dengan nada ketawa.
“ubat apa tu dik?”, Kak Yana kehairanan.
“ubat jiwa…tak pelah kak, saya balik dulu ye…”, ku bersalam dengannya, tersenyum sendiri melihat mukanya yang masih kehairanan. Terus ku berlalu pergi.
XXXXX
“Ya Allah…subhanallah…tenangnya rasa…..” seolah-olah alam berbicara denganku. Kepala yang terasa berat tadi dengan masalah bagaikan pergi bersama angin lalu.
“assalamualaikum…..”, kedengaran suara dari arah belakang.
waalaikummussalam….Iman, macam mana tahu ana kat sini?” tanyaku, terkejut melihat dia yang tiba-tiba muncul.
“ermm.…ana selalu nampak ukhty duduk sini tiap kali ada masalah dalam persatuan,” jawabnya sambil melangkah duduk disebelahku.
“owh…mengendap ana ye?..”gurauku.
“eh…tak lah…masa tu, ana lalu kat sini lepas habis usrah, nampak ukhty duduk kat bangku nie.Lama-kelamaan, baru ana tahu..inilah “tempat rahsia” yang ukhty bagitahu ana sebelum nie..”, terang Iman.
 “ana tenang bila duduk kat sini..seolah-olah alam sedang berbicara dengan ana, memberi ana semangat, menenangkan hati ana, juga memujuk hati ana supaya terus kuat…ukhty rasa tak semua tu?” kataku yang seolah-olah cuba mentafsir bahasa alam.
“ye…ana rasainya…insan yang lain pun sama..itulah hebatnya ciptaan Allah s.w.t…tidak ada cacat celanya…”Iman pula berkata-kata.
“Subhanallah…mata ini tidak jemu memandangnnya. Disini, ana jumpa kedamaian yang hilang dalam hati ana. Ana dapat kembali kekuatan dalam diri…betullah apa yang Ustaz Hasrizal tulis dalam bukunya “Secangkir Teh Pengubat Letih”…” kataku sambil mata ini memandang ke langit.
“carilah damai untuk diri sendiri. Khususnya buat anak muda berjiwa da’ie, yang sering hidupnya berfikir tentang orang lain, hingga lupa kepada perlunya diri dibelai damai oleh minda, emosi dan spiritual yang kemas antara diri dan Ilahi…”
XXXXXXXXXXXX
Ye….kedamaian buat diri… ana juga kadang-kadang terlupa bahawa diri ini juga manusia, punya hati dan naluri. Walaupun bergelar da’ie yang sentiasa memikirkan orang lain, perlu juga ruang buat diri ini.
Terasa tenang saat dapat menghirup udara tempat kelahiranku. Telefon bimbitku juga sudah jarang berbunyi, tiada lagi meting, tiada lagi paperwork yang perlu disettlekan, tiada lagi program yang perlu yang diuruskan…juga tiada lagi masalah….
Yang ada…hanya diri ini juga Allah s.w.t……..tika itu….Subhanallah…
“Carilah satu dunia asing..untuk kamu keluar dari diri kamu yang sudah rapuh dan kering itu. Basahkan kembali dengan bersunyi-sunyi dengan Allah s.w.t., samaada di tikar sejadah, atau hamparan bumi dan alam yang tekun dengan Zikrullah…”
-Ustaz Hasrizal Abdul Jamil-
Wassalam….selamat mencari damai yang hilang…(“,)
 JOM KITA MENGEMBARA LAGI MENCARI BEKALAN KE DESTINASI ABADI...(^_^)

Selasa, 25 Mei 2010

Pengalaman itu “guru” kehidupan..


“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”
Alhamdulillah….syukur ku panjatkan kepada Yang Maha Kuasa kerna masih memberi peluang kepada insan kerdil lagi hina ini untuk terus rukuk dan sujud padaNya. Selawat dan salam buat idola hatiku, Nabi Muhammad s.a.w dan kaum kerabat Baginda. Tidak lupa jua buat para sahabat dan tabi’in sekalian.
Sudah hampir dua minggu internet tak dapat kat rumah, sebelum ana pulang lagi. Banyak kerja tergendala, termasuk juga untuk post artikel nie. Terpaksa ke Cyber Café sekiranya nak online. Cabaran untuk ana supaya tetap istiqomah dengan 9 artikel tiap bulan. Artikel nie sudah lama ditulis namun punya halangan untuk menyiarkan dalam blog nie.
Apa pun, Alhamdulillah…jadi ana harap, perkongsian ana sepanjang berada di Perlis Indera Kayangan memberi seribu makna juga buat para pembaca sekalian…^_^
XXXXXXXXXXXX
“saya ucapkan terima kasih atas segala pengorbanan juga komitmen yang telah kalian lakukan, saya tahu elaun yang diberi tidak setanding dengan jasa yang telah kalian curahkan untuk membantu pihak pentadbiran dalam menguruskan Minggu Pengurusan Pelajar Baru………………………”
Seingat ana, itulah kata-kata yang diluahkan oleh penyelaras Ahli Jawatan Kuasa Orientasi (AJKO) kepada kami. Dirinya cukup menjaga kebajikan kami, mahu kami semua berada cukup selesa sepanjang menjalankan tugas. Dari sekecil perkara hinggalah sebesar-besar perkara. Tidak hairanlah sekiranya beliau masih diberi amanah sebagai penyelaras AJKO kerna beliau cukup berwibawa orangnya.
Bagi ana, niat untuk terus berkhidmat kepada matrikulasi bukan kerna mahukan duit atau yang seangkatan dengannya. Tapi diri ini mahukan pengalaman, kerna itu adalah “guru” yang mengajar ana erti sebuah kehidupan. Pengalaman itu adakalanya tidak akan datang bergolek tapi ianya perlu dicari.
Peluang juga kepercayaan yang diberikan oleh beliau tidak mungkin ana dan sahabat lain sia-siakan. Ilmu yang tidak mungkin tercatat dalam buku tapi terukir sepanjang perjalanan menjadikan pengalaman itu “guru” dalam kehidupan kerna ia mengajar dan mendidik kita secara tidak langsung.
XXXXXXXXXXXX
Ana jugak teringat kata-kata seorang ustaz semasa menghadiri kuliah berkaitan kewangan Islam, beliau bertanya kepada ana sekarang tahun berapa pengajian di Universiti. Bila ana khabarkan masih berada di tahun dua, beliau seolah-olah tidak percaya.
“laa..ustaz ingat awak dah tahun tiga atau tahun akhir, rupanya baru tahun dua. Nampak terlalu matang juga berkeyakinan bila bercakap. Matang awal nie…”
Ana tunduk malu, dalam hati cakap…“nampak tua sangat ke aku nie…”
Akhirnya ana setuju dengan kata-kata nie.
“Umur tidak menjadikan seseorang itu matang..
Dewasa mungkin, tetapi belum tentu matang..
Orang yang matang dinilai dari segi percakapan, perbuatan serta pemikirannya…”
Benarlah, pengalaman itu “guru” kehidupan kerna pengalaman itulah yang mematangkan pemikiran kita. Lantas terbentuk melalui percakapan juga terukir melalui perbuatan diri. Jika difikir juga direnung perjalanan hidupku, sudah banyak yang ku lalui dan kebanyakannya ditemani dengan air mata.
Kerna ku sedari  bahawa tidak ada satu musibah pun yang ditimpakan Allah kepadaku kecuali musibah itu telah menimpa orang lain sebelum ku..”
Alhamdulillah… Terasa begitu bertuah diuji seawal usia setahun jagung, pengalaman yang ana sendiri lalui juga apa yang orang lain lalui tertulis dalam blog nie. Menjadi tatapan umum buat para pembaca sekalian supaya ianya menjadi teladan buat diri kita untuk terus menjadi hamba yang terbaik. insyaAllah…
XXXXXXXXXXXX
Pernah tak pembaca sekalian lihat iklan dalam televisyen yang menyatakan “biarkan kotoran demi pengalaman”? Iklan sabun breeze kalu tak silap ana. kerna si anak mahukan pengalaman dalam bermain bola sepak hingga bajunya kotor. Si ibu pula membiarkan sahaja baju anaknya kotor kerna dia tahu ada sesuatu yang anaknya akan perolehi nanti iaitu pengalaman.
Selalunya begitulah…ibarat layang-layang, saat diawal untuk menaikkan layang-layang, kita memegangnya dengan erat. Bila tiba saat yang sesuai, kita perlu lepaskan tali sedikit demi sedikit untuk layang-layang terbang tinggi di udara. Namun jangan lupa, kerna ada masa dan ketika kita perlu menarik semula tali tersebut supaya layang-layang tidak leka dan alpa.
Kerna itu….Allah s.w.t. tidak menimpakan sesuatu kepada kita tanpa hikmah yang tersembunyi didalamnya. Bersyukurlah saat diri diuji kerna pengalaman itu adalah “guru” kehidupan…
Wassalam….(^_^)

Mengimbau Kenangan Lalu…


“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”
Alhamdulillah Ya Allah kerna masih terus menerus memberi nikmat kepada hamba ini untuk terus bernafas di bumi Mu. Selawat dan salam  buat kekasih tercinta, Nabi Muhammad s.a.w. dan kaum kerabat Baginda. Juga yang diingati, para sahabat dan tabi’in sekalian.
Kerinduanku terhadap sahabat-sahabat AJKO datang bertamu. Terasa ingin kembali pada saat dan ketika itu. Ya Allah…kuatkanlah ukhuwah antara kami…apatah lagi hari ini, tidak putus-putus ana terima mesej ini dari sahabat-sahabat AJKO.
“Pass this SMILE..:)  to anyone who made you smile at KMP (AJKO 10/11). It may surprise you how many comes back. Thank you for making me smile..:) Thank you..!!!”
Tidak sempat memikirkan ayat yang sesuai untuk membalas mesej tersebut kerna hari ini ana agak sibuk dengan beberapa urusan yang wajib disettlekan dengan segera. Ana mahu berikan kata-kata yang lebih istimewa dari itu.. Ya Allah..rindunya pada kalian semua.
Ini adalah kali ke-3 ana diberi kepercayaan oleh pihak pentadbiran Kolej Matrikulasi Perlis (KMP) untuk sama-sama membantu pihak kolej menguruskan Minggu Pengurusan Pelajar Baru (MPPB) bersama-sama sahabat-sahabat yang lain. Hampir dua minggu berada disana, dimulakan dengan kursus AJKO, persiapan untuk hari jadi (pendaftaran) seterusnya menyambut kedatangan adik-adik baru masuk untuk sesi 2010/2011.
Jujur ana katakan, umie agak keberatan untuk membenarkan ana kembali ke KMP saat mengkhabarkan kepada umie tentang permohonan ana diterima untuk menjadi AJKO. Maklumlah, sudah agak lama ana tidak pulang ke kampung halaman kerna menghadiri berbagai program. Kebetulan pula adik lelaki ana yang sedang menuntut di matrik asasi UIAM juga cuti waktu itu.
Alhamdulillah…takdir Allah s.w.t. mengizinkan juga ana untuk terus menabur bakti kepada KMP walaupun sudah bergelar “alumni KMP” kerna sepupu ana juga dapat sambung belajar di KMP. Salah satu sebab umie ana izinkan kerna beberapa orang anak didiknya turut mendapat tempat di KMP juga sepupu ana.
Sehari sebelum ana pulang ke kampung halaman, adik lelaki ana pula pulang ke kampusnya kerna terlibat juga untuk orientasi kemasukan baru di tempatnya… Hurmm.. “dimana tumpahnya kuah, kalau bukan di nasi”..betul tak?
XXXXXXXXXXXX
Entah kenapa, walaupun hampir 3 tahun meninggalkan KMP, perasaan rindu untuk kembali ke sana masih wujud malah makin bertambah. Mungkin kerna di matrikulasi diri ini mula mengenali dunia baru. Dunia yang makin mencabar juga menguji kemampuan diri seiring dengan bertambahnya umur juga usia.
“ujian hidup adalah “guru” yang tidak bercakap,
Tetapi ia sangat mengajar dan mendidik…
Hati itu kadangkala perlu jua diketuk dengan ujian,
Agar ia terdidik untuk tidak sentiasa selesa pada “kesenangan”,
Tapi juga selesa dengan “kepayahan”…”
Bila diri ini memandang ibu dan ayah serta seisi keluarga hadir untuk menghantar anak-anak mereka tika hari pendaftaran, ana teringat saat kali pertama melangkahkan kaki ke Kolej Matrikulasi Perlis sebagai pelajar. Hanya dihantar oleh abah juga pak cik saudara. Sebaik sahaja selesai urusan pendaftaran, mereka terus bertolak pulang ke Kelantan.
Diri ini mengerti, itulah pengorbanan seorang ayah yang ingin melihat anaknya berjaya. Walau jauh nun di Utara, tetap sanggup sama-sama meredahnya walaupun beberapa kali sesat jalan untuk sampai ke KMP. Ana juga teringat bilamana Pengarah Kolej mengkhabarkan ada seorang anak yatim yang mendapat tawaran sambung belajar di KMP.
Namun tidak punya kenderaan untuk ke KMP, tidak punya wang untuk membeli peralatan termasuk juga keperluan asas seperti pakaian, kelengkapan mandi, alat tulis dan sebagainya. Atas nekad dirinya juga ihsan dari jirannya, akhirnya dia sampai juga ke KMP dengan hanya membawa dua helai pakaian (satu yang dipakainya dan satu lagi dalam beg) dan dokumen sewaktu pendaftran. Hanya itu sahaja bekalan yang dia ada.
Semangatnya yang jitu mendapat perhatian dari Pengarah Kolej dan akhirnya beliau sudi membantu pelajar tersebut. Alhamdulillah, pelajar tersebut sudah berada di menara gading. Ku jadikan kisah tersebut sebagai teladan buat pelajar-pelajar yang lain bahawa kemiskinan hidup bukan penghalang tapi sebagai dorongan untuk terus maju ke hadapan. Yakin pada diri walau akal mengatakan sesuatu itu mustahil untuk direalisasikan.
XXXXXXXXXXXX
Ana masih ingat, seorang sahabat AJKO (perempuan) menangis saat terpaksa meninggalkan kami meneruskan amanah yang diberikan. Beliau terpaksa pulang ke kampus kerna wajib menghadiri kem yang dianjurkan oleh fakulti di kampusnya. Itu sudah cukup membuktikan pada diri ini bahawa ukhuwah antara kami sudah terikat kukuh di hati masing-masing.
Ku berdoa kepada Mu.. “Ya Allah..pertemukanlah kami kembali setelah perpisahan ini..moga-moga tiap insan dalam kalangan kami mencapai cita-cita yang diinginkan…ameen.. “


Sayang kalian semua..(^_^)
21/5/2010 (1.03a.m.)

Khamis, 20 Mei 2010

Akhirnya...


“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”
Alhamdulillah…syukur ku panjatkan kepada Yang Maha Esa kerna masih memberi peluang kepada insan kerdil lagi hina ini untuk terus rukuk dan sujud kepada Mu. Selawat dan salam buat kekasih hatiku Nabi Muhammad s.a.w. dan kaum kerabat Baginda. Tidak lupa juga buat para sahabat dan tabi’in sekalian.
Alhamdulillah Ya Allah…akhirnya diri ini pulang juga ke kampung halaman selepas beberapa bulan merantau dan mengembara di negeri orang. Ingatan ku sepanjang berjuang di tempat orang masih jelas bermain di minda. Susahan dan keperitan yang ku alami, air mata menjadi pengubat duka tika terasa “kesakitan” akan ku jadikan kekuatan untuk terus melangkah. InsyaAllah…
Terlalu banyak ingin ana kongsi bersama pembaca sekalian. Sudah berhabuk blog nie tanpa artikel terbaru dari ana. maaf wahai pembaca sekalian….
Tidak pernah ana tinggalkan “catatan kembara sufi” nie tanpa diupdate dalam tempoh yang lama seperti ini. Ana tetapkan piawaian supaya tiap bulan wajib istiqomah dengan memaparkan 9 artikel dan tidak boleh kurang, sekiranya lebih tak mengapa. Mampukah ana? insyaAllah boleh sekiranya punya kemahuan walaupun sudah berada di penghujung bulan.
Ana baru sahaja pulang dari menjadi Ahli Jawatan Kuasa Orientasi (AJKO) bagi kemasukan baru Kolej Matrikulasi Perlis (KMP) sesi 2010/2011. Keletihan masa terasa kerna amanah dan kepercayaan yang dipikul amat berat juga lebih mencabar berbanding sebelum ini.
Namun ana terima amanah tersebut sebagai anjakan paradigma untuk menguji setakat mana diri ini mampu pergi lebih jauh. Ana memperoleh kepuasan yang sukar digambarkan oleh kata-kata….Alhamdulillah Ya Allah kerna memilih diri ini untuk memikul amanah tersebut walau pada mulanya ana ketakutan.
Terlalu banyak ilmu yang ana perolehi secara tidak langsung. Ilmu yang tidak ditulis dalam buku tapi dipelajari melalui teguran, nasihat, gelagat juga pengalaman dari sahabat-sahabat AJKO yang lain. Ilmu ini akan ku praktikkan tika berada di kampus nanti, insyaAllah..
Akan ana nukilkan dalam catatan yang akan datang dan pasti punya beberapa episod pengembaraan ku sepanjang berada di Perlis Indera Kayangan kerna tiap detik berada disana memberi seribu makna buat diri ini. Alhamdulillah…masa cuti ku tidak disia-siakan dengan begitu sahaja.
~Semusim Bersama, Sedetik Ku Rasa~

hadiah terakhir tika berada di KMP

Sabtu, 8 Mei 2010

Yang Teristimewa…(^_^)


“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”
Alhamdulillah Ya Allah…syukur ku panjatkan kepada Mu kerna masih memberi kesempatan untuk terus rukuk dan sujud kepada Mu. Selawat dan salam buat kekasih tercinta Nabi Muhammad s.a.w. dan kaum kerabat Baginda. Tidak lupa jua buat para sahabat dan tabi’in sekalian.
Alhamdulillah…ana sudah meninggalkan UUM tiga hari lepas, kini berada di Matrikulasi untuk meneruskan perjuangan. Menjadi Fasilitator bagi kemasukan baru sesi 2010/2011. Terasa begitu cepat masa berlalu, sedih untuk meninggalkan sahabat-sahabat di UUM. Walau apa pun, perjuangan mesti diteruskan. InsyaAllah.
Artikel kali nie agak istimewa kerna ana menulis artikel ini buat insan yang teristimewa di hati ana. Insan yang banyak membantu ana dalam susah dan senang, sentiasa berada di sisi saat ana perlukan bantuan, sanggup berkorban untuk melihat ana kembali kuat dan senyum, juga yang tidak putus-putus mendoakan ana supaya terus istiqomah dalam perjuangan.
“Ya Allah..ku mohon pada Mu Ya Rabb..satukanlah hati kami ini, kuatkanlah ukhuwah diantara kami ini..Engkau permudahkanlah kerja mereka sepertimana mereka mudahkan kerja ku..dan tempatkanlah mereka dikalangan orang soleh dan solehah…”
Wahai pembaca sekalian, ameen kanlah doa ini untuk mereka….
XXXXXXXXXXXXXX
Kak Hasuna
Insan yang sama-sama berjuang dengan ana. Walaupun berlainan persatuan tetapi matlamat kami sama. Dialah yang mengelap air mata ana saat ana rasa terlalu sedih, dialah yang membakar kembali semangat ana saat ana rasa ingin mengundur diri dari perjuangan ini, insan yang tidak putus-putus memberi nasihat kepada ana.
Walaupun Kak Hasuna sudah habis belajar, mesejnya tetap bersama ana. Tiap-tiap hari menghantar mesej kepada ana, selalu mengingatkan ana dengan mesejnya. Juga insan yang tidak putus-putus mendoakan ana untuk terus istiqomah dalam perjuangan ini. Doanya mengiringi tiap langkah dalam perjuangan ini supaya dipermudahkan olehNya.
Akak…saya cukup bertuah dikurniakan sahabat sejati seperti akak… syukran akak kerna sudi terima diri ini yang penuh dengan kekurangan…  
Kak Liyana
Insan yang sama-sama dalam satu jemaah Sekretariat Pusat Islam. Waktu ana jatuh sakit saat hampir seluruh dunia diserang H1N1, kerna badan ini terlalu letih dengan program dan tidak cukup rehat. Ana sakit teruk hingga terpaksa masuk wad, insan inilah yang sanggup menjaga ana sehingga ana kembali sembuh.
Kolejnya sangat jauh dari kolej ana, tapi sanggup datang untuk menjaga ana. Juga sanggup berjaga malam dengan seorang lagi sahabat ana untuk menjaga ana. Terharu punya sahabat seperti mereka.
Walaupun jarang bersua muka, kata-kata semangat terus diberikan kepada ana juga doa yang tidak putus-putus supaya ana terus isitiqomah juga kuat dalam menghadapi dugaan yang Allah s.w.t. sediakan kepada ana.
Alhamdulillah Ya Allah…aku bersyukur punya sahabat seperti mereka.
Kak Asfa
Insan yang juga sama-sama berjuang dalam kepimpinan Kelab Pentadbiran Muamalat, banyak membantu ana dari segi akademik. Ana ingat lagi, ana tak dapat mengikuti pengajian Bahasa Arab untuk Muamalat sepenuhnya berbanding pelajar-pelajar STAM yang sudah pun mahir.
Lepas habis exam mid-term Bahasa Arab untuk Muamalat, ana menangis dan mengadu kat umie ana. ana cakap ana tak mampu untuk ikut dan memahami apa yang diajar oleh ustaz. Akhirnya, ana jumpa dengan Kak Asfa. Sehingga kini, tiap kali ana minta pertolongan untuk membantu ana dari segi akademik. InsyaAllah dia akan membantu.
Juga exam semester ini yang baru sahaja berakhir, sanggup sama-sama iktikaf di surau bersama dengan ana untuk mengajar ana. Insan yang tidak putus-putus memberi semangat kepada ana, juga doanya mengiringi langkah ana untuk diri ini terus istiqomah dan kuat dalam meneruskan perjuangan.
Ya Rabb…kuatkanlah ukhuwah antara kami ini dan kekalkanlah hingga akhir hayatku..
XXXXXXXXXXXXXX
Sekiranya ana punya 3 orang abang kandung, pasti ku mintak pada mereka untuk menjadikan 3 srikandi ini isteri mereka. Insan yang ditarbiyah, punya peribadi dan akhlak yang bagus, mampu mendidik anak-anak untuk jadi insan yang soleh dan solehah, juga pejuang yang gigih menegakkan syiar Islam.
“Orang yang beriman….
Selalu ada Rabithah hati antara mereka,
Tak perlua bersua,
Kerna mreka sering bertemu dalam cintaNYA….
Ia ditakdirkan dengan kebetulan yang sering tak disengaja…
Hadiah dari Pencipta….
Buat hambaNya tersenyum gembira..
Ku bersyukur…itulah nikmat kasih sayangNYA..”
~Ukhty ku sayang, diri ini menyayangi kalian semua…..ku berdoa moga ukhuwah ini berkekalan walaupun diri ini sudah dijemput Ilahi….(^_^)…~

Selasa, 4 Mei 2010

Epilog Silam


“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”
Alhamdulillah Ya Allah…kerna masih memberi peluang kepada insan kerdil lagi hina ini untuk terus rukuk dan sujud kepadaNya. Selawat & salam kepada kekasih hatiku, Nabi Muhammad s.a.w. dan kaum kerabat Baginda. Tidak lupa jua buat para sahabat dan tabi’in sekalian.
Alhamdulillah….Alhamdulillah…Alhamdulillah… Hanya itu yang mampu ku ucapkan kepada Yang Maha Esa…Hebat aturanNya, cukup tersusun malah membuka minda ini berfikir bahawa banyak lagi insan yang memerlukan ku.
Sebenarnya, sudah beberapa hari ana memikirkan pengisian yang bakal ditulis bersesuaian dengan tajuk artikel kali nie. Idea datang dan pergi begitu sahaja, bukan tidak ku pinta moga Allah s.w.t. kurniakan ilham untuk ku menulis. Tapi tetap tidak hadir. Ana risau ada sahabat-sahabat pembaca tertunggu-tunggu artikel dari ana.
Alhamdulillah…akhirnya ilham itu bertandang dengan penuh hikmah. Ada seorang sahabat meminta pandangan dari ana, meluahkan masalah dirinya, kisah silamnya membuatkan seolah-olah dirinya tidak mampu untuk meneruskan perjalanan. Ana sudah minta izin darinya untuk menulis tentang epilog silam hidupnya. Alhamdulillah, dia bersetuju.
Renungkanlah perjalanan hidupnya untuk jadi pedoman buat kita semua……
XXXXXXXXXXXXXXX
Tahun Pertama

Tahun pertama adalah tahun kebudak budakan. Lucu sekali bila difikirkan. Masa ini ana baru nak berjinak jinak bergaya. Apalagi masa orientasi wajib pakai tudung. Inilah yang paling ana tak suka. Nauzubillah min zalik. Ana bertudung hanya pergi kelas, lepas tu luar kelas buka. Malah sampai suatu ketika pun ana dah tak mahu bertudung ke kelas. Tahun pertama juga dipenuhi dengan penyakit cintan cintun. Lucu juga kalau diingatkan.
Masa inilah gila betul beli baju, nak pakai cheong sam lah, beli beg, beli kasut .. Bila terkenangkan kembali.. lucu. memang minah gila bergaya!! Masa ini juga dapat pengalaman tinggal rumah sewa. Kami tak dapat hostel. Tinggal dirumah sewa memang mencabar. Perlukan kesabaran dan perancangan.. satu pengalaman yang menyeronokkan

Tahun Kedua

Tahun kedua bermula lah era CHEERLEADER!! Tentu antuna sekalian terkejut yang ana merupakan cheerleader captain kat kolej. Terkinja sana, terkinja sini. Teriak sana, teriak sini. Habis semua kawan-kawan ana, ana paksa masuk cheers. Poco poco adalah tarian rasmi kami. Rasa lawak pula bila ingat kembali. Lepas cheers pula, sibuk menari. Menari tradisional lah. Dan paling lawak menari tarian hindi. Ana dan tarian sememangnya tidak dapat dipisahkan. Dancing is my life!
Lepas tu yang paling lucu ialah Ana selalu berangan hendak ikut ratu cantik. Nak jadi paling cantik. Nauzubillah min zalik. Betapa ana tertipu dengan tipu daya dunia. Surau adalah tempat yang paling jarang pergi dan paling takut pergi. Segan pun ada. Pakaian belum cerita lagi. Sesungguhnya masa yang penuh kejahilan bila diimbas kembali.. tahun yang paling sia sia dalam hidupku

Tahun Ketiga

INI adalah tahun yang getir buat ana. Di sinilah ana belajar hidup berorganisasi dan hidup bukan khayalan. Ana terpilih untuk menjadi naib presiden sebuah organisasi. Dalam masa yang sama, ana terpaksa berpisah dengan kawan-kawan rapat yang menjadi housemate ana. Ana terpaksa tinggal berasingan. Betapa ana rasa disinilah cabaran. Apabila sahabat baik kita tidak ada disisi. Terlalu banyak cabaran dalam mengepalai sebuah organisasi.
Malah ana lihat, apa yang ana inginkan dalam hidup. Kenapa ana sentiasa tidak tenang dan berpuas hati. Ana lihat banyak bencana, malapetaka dan kematian berlaku. Malah ada antara sahabat-sahabat yang mendapat penyakit yang tidak dijangka. Disitulah hati ana terdetik tentang hidup bertuhan. Betapa ana selama ini mengabaikan rasa bertuhan. Ana sembahyang pun tidak faham erti sebenarnya. Tidak mendalami sebenarnya. Malah di tahun ketiga ini ana ditemukan dengan insan yang membuka mata ana.
Seperti ana katakan bahawa selama ini ana takut dengan tudung labuh, jubah. Ana rasa bertudung tidak akan menampakkan seorang wanita itu cantik. Alhamdulillah, ada seorang junior yang baru masuk pada tahun ini, dan dia sangat istiqomah berjubah dan bertudung labuh. SubhanALLAH. Dialah orang yang paling cantik pada pandangan mata ana. Pertama kali ana lihat dia, ana tertarik dengan cara pemakaiannya sehingga ana berazam untuk berpakaian seperti dia.
Selain itu, ana suka mendengar kawan-kawan ana yang baca quran. Masa itu ana tak pandai baca, alhamdulillah, ALLAH gerakkan hati ana untuk minta ajar dengan seorang sahabat dan sekarang dialah akhwatku dan cermin ajaibku yang sangat ku kasihi. Dia sanggup datang malam malam untuk ajar ana baca QURAN. padahal dia tidak tinggal dihostel. Beliau sanggup meredah laut malam dengan menaiki motor untuk mengajar ana baca Quran.
Dan sesungguhnya bila kita dekat dengan ALquran, kita dekat dengan ALLAH. Malah ana merasakan ada sesuatu yang memanggil ana untuk pergi ke surau setiap hari. Bukan bertujuan untuk riak tetapi untuk berkongsi kebesaran ALLAH. Ana adalah muka paling jarang untuk pergi surau tetapi digerakkan hati untuk datang tiap hari. Ana rasa keruan kalau ana tak pegi. Malah penerimaan adik-adik di surau juga turut membuka hati ana. Mereka tidak melayan ana berbeza. Itu salah satu faktor ana mula mencintai ISLAM.
Selain itu, Allah mengerakkan hati untuk membaca isi makna AL quran dan itulah datangnya kepahaman untuk mengubah imej. Masa nak ubah imej pun susah hati sebab ana ini jenis yang suka melaram. Takut tak ada baju, Huhu.. haha.. lucukan. Tapi alhamdulillah.. ALLAH bagi hidayah dan taufiq. Berubah imej pada tahun ketiga ini ...

Tahun Keempat


Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. hanya itu mampu diucapkan dari lidahku. Ana merasakan telah menemui apa yang dicari. Ana suka berkongsi pengalaman ini kerana sesungguhnya maghfirah ALLAH itu terlalu luas untuk hamba hambaNYA dan betapa lembutnya hati manusia. Doakan ana terus istiqomah. Tetapi kadang kadang rasa tercabar juga.

"Akak tak rasa akak drastik sangat pakai tudung labuh?"

"Tak drastik ke pakai jubah selalu?"

" Baru je pakai tudung, janganlah terus pakai tudung labuh'"

Ini adalah pernyataan lazim yang ana dengar. Ana gembira kerana mereka mengambil berat pada ana. InsyaALLAH sahabiyah, doakan ana. Tegurlah ana jika melakukan kesilapan, bimbinglah ana, tetapi kerana pakaian inilah, kerana jubah dan tudung bidang besar inilah ana jatuh cinta pada imej ISLAM.

Namun yang paling indah dan bermakna di tahun akhir ini dipertemukan dengan cermin ajaibku dan merasai hidup bertarbiyah .Cermin ajaibku ini hebat2 belaka. dan supercantik. (promote cermin ajaibku) Bertuahlah muslimin yang mendapat mereka ini. Cantik akhlak, cantik hati dan cantik peribadi. Cermin ajaib inilah yang telah, terus dan akan mentarbiyah ana. Ana sayang dengan antuna sekalian..Moga kita semua terus tsabat di jalan ini.
XXXXXXXXXXXXXXX
Subhanallah….insan terpilih untuk menerima hidayah Allah s.w.t… ana mengambil kisah hidupnya ini dari blognya sendiri, biarlah menjadi rahsia antara kami dan Allah s.w.t. siapakah insan terpilih ini.
Dia berasa susah hati kerna merasakan perubahan dirinya untuk menjadi “Mawar Berduri” tidak dapat diterima oleh sahabat-sahabat silamnya dan dalam masa yang sama cuba untuk mengajak sahabatnya untuk merasakan nikmat Iman dan Islam ini.
Ya…ana tahu dia menangis…sedih kerna sahabat-sahabat tidak dapat memahami niat baiknya..dia katakan pada ana bahawa dia penat dengan semua itu, malah ada sahabat-sahabat mendelete  facebooknya dari akaun mereka.
Katanya…“ana bukan manusia kalis dosa
Ya…ana juga…dan ana pujuk hatinya dengan kata-kata ini…
“Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan”
(Redhuwan Zakaria)
Benar….ana juga punya perjalanan hidup masa lampau…hidupku juga ada turun dan naik, air mata sering sahaja mengalir. Hanya mampu memandang dari jauh saat kanak-kanak seusia denganku bermain. Kerna perjalanan hidupku yang penuh dengan onak dan duri inilah, Allah s.w.t. menganugerahkan “kekuatan besi”.
Ukhty ku sayang…..
Ikhlas dari hatiku ini berkata….diri ini kagum dengan mu, diuji dengan nikmat dunia yang sementara cuma..mampu bangkit dari kisah silam…menjadi role model buat sahabat-sahabat yang masih hanyut…kerna perubahan itu, dirimu kehilangan banyak benda…
Namun jangan dikau lupa wahai ukhty ku sayang….dirimu punya sahabat-sahabat yang sentiasa disisimu, punya kekentalan jiwa yang jitu hasil tarbiyah dari Allah s.w.t…juga punya tempat di hati ana………..(^_^)
“Kita adalah suatu golongan yang Allah muliakan dengan Islam. Apabila kita mencari kemuliaan dengan cara hidup yang lain daripada Islam, Allah menimpakan kehinaan ke atas kita”
-Umar al-Khatab-
XXXXXXXXXXXXXXX
Ana dedikasikan nasyid ini buatmu ukhty ku sayang…
Album : Erti Pengorbanan
Munsyid : Haikal
Epilog Silam..

Dalam mengenang kisah hidup silam
Ku sedar dari kesilapan lalu
Tuhan beratnya dosa-dosaku
Masihkah ada ampunan buatku
Tuhan…Dalam menempuh hidup ini
Banyaknya dugaan datang menguji
Tuhan…Ada yang dapatku gagahi
Dan ada yang gagal kuhindari

Tuhan…Dosaku menggunung tinggi
Tapi taubatku tak kutepati
Tuhan…Rahmat-Mu melangit luas
Terlalu sedikit kubersyukur
Kini kukembali pada-Mu
Mengharap maghfirah dari-Mu
Mogakan terampunlah dosa-dosaku
Biarpun ujian melanda
Ku tetap berkasih pada-Mu
Kerna kuyakin kasih-Mu
Kekal tiada sudahnya…
XXXXXXXXXXXXXXX
Kata-kata akhirnya sebelum kami berhenti chat…
semoga tiada insan yang membuat kesilapan seperti ku
Wassalam……
JOM KITA MENGEMBARA LAGI MENCARI BEKALAN KE DESTINASI ABADI...(",)